Eksperimen 10.1 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 10


10.1 Tahap Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) dalam Sampel Air yang Berbeza:
Pernyataan masalah
Sampel air manakah mempunyai tahap BOD tertinggi?

Tujuan
Membanding tahap keperluan oksigen biokimia (BOD) dalam pelbagai sampel air

Hipotesis
Sampel air longkang mempunyai tahap BOD yang paling tinggi.

Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Sampel air
Pemboleh ubah bergerak balas: Tahap BOD
Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu air dan isi padu larutan metilena biru

Bahan
Kertas label, sampel air daripada pelbagai sumber (air paip, air longkang, air sungai, air kolam dan air telaga), air suling, larutan metilena biru 0.1%

Radas
Botol dan penutup reagen, picagari berjarum 1 ml, jam randik, pen penanda, silinder penyukat


Prosedur


1. Dapatkan lima sampel air dengan 250 ml setiap sampel daripada lima sumber yang berlainan (air paip, air longkang, air sungai, air kolam dan air telaga).

2. Masukkan setiap sampel air ke dalam botol reagen yang berasingan sehingga penuh. Labelkan setiap botol reagen (Rajah 10.6).

3. Tambah 1 ml larutan metilena biru 0.1% ke dalam setiap sampel air dengan menggunakan picagari.

4. Tutup botol reagen dengan segera dan simpan di dalam almari gelap. Pastikan botol reagen tidak digoncang.

5. Ulangi langkah 2 hingga 4 dengan menggunakan air suling.

6. Periksa botol-botol reagen setiap satu jam selama 4 jam sehingga warna larutan metilena biru 0.1% menjadi luntur.

7. Rekodkan masa bagi pelunturan warna larutan metilena biru 0.1%.

8. Kadar pencemaran air dikira dengan menggunakan formula:



Keputusan



Perbincangan
1. Mengapakah hujung picagari dimasukkan sehingga ke dasar botol reagen apabila memasukkan larutan metilena biru 0.1%? Jelaskan.

2. Daripada eksperimen, sampel air yang manakah
(a) larutan metilena biru 0.1% paling cepat dilunturkan?
(b) larutan metilena biru 0.1% paling lambat dilunturkan?

3. Bandingkan tahap BOD bagi kelima-lima sampel air.

4. Jelaskan mengapa eksperimen diulangi dengan menggunakan air suling?

5. Apakah hubung kait antara masa yang diambil untuk larutan metilena biru 0.1% dilunturkan dengan tahap pencemaran air?

Kesimpulan
Adakah hipotesis tersebut diterima? Cadangkan satu kesimpulan yang sesuai.


Jawapan:
Keputusan:


Perbincangan:
1. Hujung picagari perlu dimasukkan sehingga ke dasar botol reagen untuk mengelakkan larutan tersebut dioksidakan oleh oksigen atmosfera di dalam botol reagen tersebut.

2. (a) Larutan metilena biru 0.1% paling cepat dilunturkan: Air longkang
(b) Larutan metilena biru 0.1% paling lambat dilunturkan: Air paip

3. Air longkang menunjukkan tahap BOD yang paling tinggi diikuti air kolam, air sungai, air telaga dan air paip. Air longkang mengambil masa yang paling cepat untuk melunturkan warna larutan metilena biru 0.1% berbanding sampel air yang lain. Air longkang mengandungi kandungan oksigen terlarut yang paling rendah berbanding sampel air yang lain. Eksperimen ini menunjukkan air longkang paling tercemar.

4. Sebagai eksperimen kawalan

5. Semakin cepat masa yang diambil untuk melunturkan warna larutan metilena biru 0.1%, semakin tinggi tahap pencemaran air.

Leave a Comment