Soalan 1:
Nyatakan satu perbezaan struktur antara jalinan endoplasma kasar dengan jalinan endoplasma licin.
Jawapan:
Jalinan endoplasma kasar mempunyai ribosom yang melekat padanya manakala jalinan endoplasma licin tiada ribosom.

Soalan 2:
Mengapakah penggunaan mikroskop elektron penting dalam mengkaji sel?
Jawapan:
Mikroskop cahaya lazimnya memberi pembesaran 1000x. Sebaliknya, mikroskop elektron boleh membesarkan sel sebanyak 2000000x. Tanpa mikroskop elektron, struktur sel tidak dapat dilihat dengan jelas kerana mikroskop cahaya hanya dapat memerhati komponen sel tertentu seperti membran sel, dinding sel, nukleus, sitoplasma dan kloroplas sahaja.

Soalan 3:
Kloroplas terdapat dalam sesetengah sel tumbuhan sahaja. Beri satu contoh sel tumbuhan yang tidak mengandungi kloroplas dan terangkan mengapa.
Jawapan:
Sel bawang kerana bebawang hidup dalam tanah.
Pokok bawang mendapat makanan daripada organ simpanannya iaitu bebawang.

Soalan 4:
Banding dan bezakan sel haiwan dengan sel tumbuhan.
Jawapan:
Persamaan:
Kedua-dua sel mempunyai nukleus, sitoplasma, membran plasma, jasad Golgi, mitokondrion, jalinan endoplasma dan ribosom.
Perbezaan:
• Sel tumbuhan mempunyai bentuk sel tetap manakala sel haiwan tidak mempunyai bentuk sel tetap.
• Sel tumbuhan mempunyai dinding sel manakala sel haiwan tidak mempunyai dinding sel.
• Sel tumbuhan mempunyai kloroplas manakala sel haiwan tidak mempunyai kloroplas.
• Sel tumbuhan mempunyai vakuol bersaiz besar manakala sel haiwan tidak mempunyai vakuol
(sekiranya ada, saiznya kecil).
• Sel tumbuhan tidak mempunyai sentriol manakala sel haiwan mempunyai sentriol.