Praktis Formatif 3.4 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3


Soalan 1:
Terangkan mengapa pengawetan cili hijau menggunakan cuka dan gula.

Jawapan:
Larutan gula yang pekat hipertonik terhadap sap sel cili. Air meresap keluar daripada cili secara osmosis. Cili mengalami penyahhidratan. Bakteria tidak dapat hidup tanpa air. Cili hijau yang dijeruk dapat disimpan lama.

Cuka menurunkan pH. Bakteria juga tidak dapat hidup dalam keadaan berasid.

Soalan 2:
Jeruk nanas disediakan dengan merendam kepingan nanas dalam larutan gula pekat. Nyatakan dua kebaikan dan dua keburukan kaedah ini berbanding dengan menyimpan nanas segar.

Jawapan:
Dua kebaikan:
• Mengelakkan daripada pembaziran akibat kerosakan.
• Nanas yang diawet tahan lebih lama.

Dua keburukan:
• Nanas mengandungi terlalu banyak gula.
• Nutrien dirosakkan oleh pengoksidaan semasa penyediaan. Ini menyebabkan kepingan nanas yang diawet mengandungi kandungan nutrien yang rendah.

Soalan 3:
Ariana mengalami cirit-birit setelah makan makanan yang telah basi.
Cadangkan satu bahan yang boleh membantunya kembali sembuh.

Jawapan:
Ariana boleh mengambil minuman penghidratan semula seperti garam penghidratan oral.
Pengambilan minuman ini dapat mengganti semula kehilangan air dan elektrolit akibat cirit-birit.

Soalan 4:
Liposom ialah vesikel yang mengandungi larutan akues dikelilingi oleh membran dwilapisan fosfolipid. Terangkan kegunaan liposom dalam kehidupan harian.

Jawapan:
Liposom digunakan untuk melindungi ubatan atau bahan aktif yang dimakan secara oral daripada dimusnahkan oleh jus gaster. Dengan cara ini, ubat dapat sampai ke sel sasaran dengan berkesan.

Leave a Comment