Soalan 1:
Apakah yang menyebabkan sindrom prahaid bagi sesetengah perempuan?
Jawapan:
Ketidakseimbangan aras hormon estrogen dan hormon progesteron.

Soalan 2:
Nyatakan perbezaan antara pembentukan kembar seiras dengan kembar tak seiras.
Jawapan:
Kembar seiras terjadi apabila satu ovum yang tersenyawa membahagi dan membentuk dua zigot manakala kembar tak seiras dihasilkan apabila dua ovum yang dibebaskan dengan serentak disenyawakan oleh dua sperma secara berasingan dan dua zigot terbentuk.

Soalan 3:
Fetus mempunyai sistem peredaran darahnya sendiri dan berasingan daripada ibunya. Jelaskan mengapa.
Jawapan:
• Untuk melindungi salur darah fetus yang halus daripada pecah akibat tekanan darah ibu yang tinggi.
• Untuk menghalang percampuran darah ibu dan anak yang boleh menyebabkan pengaglutinan berlaku.

Soalan 4:
(a) Sepasang kembar seiras terpisah semenjak lahir. Apabila mencapai usia dewasa, didapati kedua-dua kembar tersebut mempunyai saiz badan yang berlainan. Jelaskan faktor yang mungkin menyebabkan keadaan ini.
(b) Terangkan mengapa perempuan yang hamil mesti berhenti merokok.
Jawapan:
(a) Kedua-duanya membesar dalam keadaan berbeza. Maka pengambilan diet makanan mereka juga berbeza. Kedua-duanya juga menjalankan aktiviti harian yang berbeza.
(b)
• Bahan kimia seperti nikotina dan karbon monoksida akan meresap melalui plasenta ke fetus.
• Nikotina boleh membantut tumbesaran fetus.
• Karbon monoksida pula bersaing dengan oksigen untuk bergabung dengan hemoglobin.
• Ini mengurangkan kandungan oksigen yang diterima oleh fetus dan boleh menyebabkan keguguran.

Soalan 5:
Nyatakan perubahan yang berlaku kepada zigot dari peringkat selepas persenyawaan sehingga ke peringkat kelahiran.
Jawapan:
Zigot akan membahagi berulang kali secara mitosis. Pembahagian sel yang berlaku menghasilkan satu bebola sel, tetapi pada peringkat ini, saiz sel tidak berubah. Perkembangan zigot seterusnya membentuk satu bebola sel yang pejal yang disebut morula. Kemudian morula membentuk satu sfera berongga yang terdiri daripada sel-sel yang dikenali sebagai blastosista. Selepas beberapa hari, blastosista akan menempel pada endometrium (dinding uterus) ibu. Di sinilah, blatosista terus berkembang menjadi embrio. Selepas dua bulan, embrio dikenali sebagai fetus kerana bahagianbahagian badan sudah dapat dikenal pasti. Selepas dilahirkan, fetus dikenali sebagai bayi.