Soalan 6:
Seorang perempuan mengambil pil perancang untuk mencegah kehamilan. Kandungan pil itu merencat perembesan hormon perangsang folikel (FSH) oleh kelenjar pituitari. Terangkan kesan pengambilan pil perancang terhadap kitar haid.
Jawapan:
• Aras FSH rendah (dalam darah).
• Tiada perkembangan folikel dan folikel Graaf tidak terbentuk.
• Kurang estrogen dirembeskan (oleh ovari).
• (Kelenjar) pituitari tidak / kurang dirangsangkan untuk merembes (cukup) LH.
• Tiada ovulasi berlaku.

Soalan 7:
Rajah 1 menunjukkan pengawalaturan hormon dalam satu kitar haid.
(a) Nyatakan kesan terhadap perkembangan ovum sekiranya hormon X tidak mencukupi.
(b) Terangkan kesan ketidakseimbangan hormon P dan hormon Y.
(c) Berdasarkan Rajah 1, huraikan perkaitan antara perubahan yang berlaku dalam struktur T dengan aras hormon P dan aras hormon Q.
(i) dari hari ke-16 sehingga hari ke-24
(ii) dari hari ke-24 sehingga hari ke-28
Jawapan:
(a) Hormon X (FSH) merangsang perkembangan folikel yang baharu. Kekurangan hormon X menyebabkan tiada folikel baharu yang boleh berkembang.
(b) Hormon P (hormon estrogen) memulih dan memperbaiki tisu endometrium serta merangsang penebalan endometrium. Hormon P juga menyebabkan lebih banyak hormon Y (LH) dirembeskan. Ketidakseimbangan keduadua hormon ini boleh menyebabkan ovulasi tidak berlaku dan tisu endometrium tidak menebal.
(c)(i) Struktur T ialah korpus luteum yang merembes hormon P (hormon estrogen) dan hormon Q (progesteron)
Dari hari ke-16 sehingga hari ke-24, korpus luteum merembes hormon P (hormon estrogen) dan hormon Q (progesteron).
(c)(ii) Apabila mencapai hari ke-24, struktur T (korpus luteum) merosot. Oleh itu, dari hari ke-24 sehingga hari ke-28, hormon P (hormon estrogen) dan hormon Q (progesteron) semakin merosot.

Soalan 8:
Rajah 2 menunjukkan fetus manusia dalam uterus ibunya.
(a) Namakan struktur berlabel P dan Q.
(b) Terangkan komposisi darah yang mengalir melalui salur darah di Q.
(c) Terangkan fungsi struktur P.
(d)(i) Nyatakan jenis keimunan yang diperoleh fetus daripada ibunya.
(d)(ii) Terangkan bagaimana struktur P membantu sistem pertahanan badan fetus.
Jawapan:
(a)
P-—Plasenta Q—Tali pusat
(b)
• Vena tali pusat mengangkut darah yang kaya dengan oksigen dan nutrien dari ibu ke fetus.
• Arteri tali pusat mengangkut darah yang kaya dengan kandungan CO2 dan bahan kumuh bernitrogen seperti urea dari fetus ke ibu untuk disingkirkan.
(c)
Plasenta ialah tapak pertukaran bahan antara fetus dan ibu. Nutrien, hormon, antibodi dan oksigen meresap melalui darah ibu ke darah fetus. Manakala, karbon dioksida dan bahan buangan seperti urea, meresap dari darah fetus ke darah ibu. Plasenta juga menggantikan korpus luteum yang merosot pada bulan ke-4 kehamilan untuk merembeskan progesteron dan estrogen. Kedua-dua hormon ini diperlukan untuk mengekalkan ketebalan endometrium sepanjang kehamilan.
(d)(i)
Keimunan pasif semula jadi.
(d)(ii)
Melalui P, antibodi dapat meresap daripada ibu kepada fetus. Apabila antibodi memasuki aliran darah fetus, antibodi bertindak terhadap patogen. Ini memberi keimunan bagi fetus dan menghalang fetus daripada diserang penyakit.