Soalan 9:
Seorang perempuan yang menghadapi masalah untuk hamil perlu disuntik dengan hormon X oleh doktor pakar. Hormon X mempunyai peranan yang sama seperti hormon peluteinan.
Selepas suatu tempoh tertentu, perempuan itu menjadi hamil.
Huraikan bagaimana suntikan hormon X membolehkan perempuan tersebut menjadi hamil.
Jawapan:
• Oleh sebab peranan hormon X adalah serupa dengan hormon peluteinan, hormon X boleh merangsang perkembangan folikel bersama dengan FSH yang merangsang ovulasi. Oleh itu, perempuan tersebut mempunyai kemungkinan menjadi hamil.
• Ovum disenyawa oleh sperma untuk membentuk zigot.
• Selepas ovulasi, folikel Graaf membentuk korpus luteum.
• Korpus luteum dirangsang untuk merembes progesteron dan estrogen.
• Progesteron dan estrogen merangsang tisu endometrium menjadi tebal, berlipat dan kaya dengan kapilari darah sebagai persediaan untuk penempelan zigot.

Soalan 10:
(a) Huraikan proses penghasilan sperma di dalam testis.
(b) Rajah 3 menunjukkan pembentukan dua pasang kembar. Bandingkan pembentukan pasangan kembar R dan S.
Jawapan:
(a)
Testis mengandungi tubul seminiferus yang diselaputi sel germa primordium. Sel germa primordium menjalani satu siri pembahagian sel secara mitosis untuk menghasilkan banyak spermatogonium yang diploid.
Spermatogonium membesar menjadi spermatosit primer. Setiap spermatosit primer seterusnya membahagi secara meiosis I untuk menghasilkan sepasang spermatosit sekunder yang haploid. Setiap pasang spermatosit sekunder akan membahagi secara meiosis II untuk menghasilkan empat spermatid yang haploid. Akhirnya, spermatid membeza untuk menjadi sperma.
(b)(i)
R : Kembar Siam S : Kembar seiras
Persamaan:
• Satu ovum disenyawakan oleh satu sperma untuk membentuk satu zigot.
• Kedua-dua jenis kembar mempunyai kandungan genetik yang serupa.
• Kedua-dua jenis kembar sama jantina, iaitu lelaki—lelaki atau perempuan—perempuan.
Perbezaan:
• Bagi kembar S, blastosista membahagi kepada dua secara lengkap tetapi bagi kembar R, blastosista tidak membahagi secara lengkap kepada dua.
• Kembar S bebas dan tidak bercantum pada mana-mana bahagian anggota badan tetapi kembar R bercantum pada bahagian anggota badan yang tertentu.