Soalan 6:
(a) Seorang bayi yang baru dilahirkan perlu menerima imunisasi berdasarkan Rancangan Imunisasi yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Terangkan mengapa program imunisasi ini diperlukan.
(b)(i) Sesetengah suntikan vaksin memerlukan satu dos sahaja sepanjang hayat seorang individu. Jelaskan mengapa.
(b)(ii) Ibu Sinti terlupa membawa Sinti ke klinik untuk mendapatkan suntikan dos ketiga hepatitis. Jelaskan kesannya terhadap keimunan Sinti.
(b)(iii) Aziman terpijak paku berkarat semasa ekspedisi mendaki gunung. Huraikan jenis suntikan yang sesuai diberikan oleh doktor. Terangkan jawapan anda.
(c) Huraikan bagaimana virus HIV dapat melumpuhkan sistem keimunan seseorang yang dijangkiti oleh virus ini.
(a)
• Bayi yang baru dilahirkan perlu menerima imunisasi berdasarkan Rancangan Imunisasi kerana pada peringkat fetus, bayi tidak menerima keimunan terhadap sesetengah penyakit daripada ibunya (keimunan pasif semula jadi).
• Juga selepas mencapai umur 6 bulan, keimunan pasif semula jadi semakin merosot.
• Tambahan pula, bayi akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berjangkit, misalnya penyakit campak. Bayi tidak berupaya melawan jangkitan kerana tidak mempunyai keimunan terhadap penyakit tersebut.
• Oleh itu, bayi perlu diberi suntikan imunisasi untuk membolehkannya memperolehi keimunan terhadap penyakit tersebut.
(b)(i)
Satu dos suntikan cukup untuk merangsang sistem keimunan badan supaya menghasilkan kepekatan antibodi melebihi aras keimunan dan kekal sepanjang hayat untuk mencegah jangkitan.
(b)(ii)
Sinti mungkin akan dijangkiti penyakit hepatitis B sekiranya terdedah kepada virus hepatitis B kerana paras antibodi dalam badannya belum mencapai kepekatan yang diperlukan untuk memberi perlindungan daripada penyakit itu sepenuhnya.
(b)(iii)
• Untuk rawatan segera, Aziman perlu diberikan suntikan antitetanus dengan serta-merta. Antitetanus mengandungi antibodi yang boleh melawan penyakit tetanus.
Paku berkarat yang dipijak oleh Aziman mungkin mengandungi bakteria Clostridium tetani yang menyebabkan penyakit penyakit tetanus (kancing gigi).
• Oleh sebab antibodi bagi penyakit tetanus sudah sedia ada dalam antitetanus, maka antibodi tersebut boleh bertindak dengan segera terhadap bakteria tersebut.
• Sistem keimunan badan tidak perlu dirangsang untuk menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut.
• Oleh itu, keimunan yang diperolehi oleh Aziman dikenali sebagai keimunan pasif buatan.
• Suntikan antiserum dapat menyelamatkan Aziman dengan segera berbanding dengan pengimunan yang mengambil masa yang terlalu lama untuk merangsang sistem keimunan badan menghasilkan kuantiti antibodi yang dikehendaki.
(c)
• Virus HIV menyerang dan melumpuhkan sistem keimunan (sel limfosit), menjadikan badan manusia tidak mempunyai keupayaan untuk menentang penyakit.
• Bakteria, yis, parasit dan virus yang pada kebiasaannya tidak menyebabkan penyakit yang serius dalam seseorang yang mempunyai sistem keimunan yang sihat boleh membahayakan dan membawa maut kepada seseorang yang menghidap penyakit AIDS.
• Ini adalah kerana virus HIV menyerang dan memusnahkan sel yang pada permukaannya mempunyai molekul CD4, misalnya sel limfosit T. Limfosit T berfungsi memusnahkan mikroorganisma patogen. Limfosit T ini merupakan sel perumah bagi virus HIV. Semasa jangkitan, virus HIV akan melekatkan diri pada membran plasma limfosit T dan seterusnya membina bahan genetik DNA virus.
• DNA virus akan memasuki nukleus limfosit T dan bergabung dengan DNA limfosit T untuk menjadi sebahagian daripada DNA limfosit T.
• Di dalam limfosit T, virus HIV akan bereplikasi untuk menghasilkan populasi virus HIV baharu yang akan menyerang sel limfosit T yang lain. Dengan cara itu, virus HIV melumpuhkan sistem keimunan seseorang yang dijangkiti.