Soalan 5:
Huraikan proses-proses yang berlaku kepada molekul lemak bermula dari duodenum sehingga hasil akhirnya boleh digunakan oleh sel badan.
Jawapan:
• Pencernaan lipid bermula di duodenum.
• Garam hempedu yang dihasilkan oleh hati mengemulsi lemak kepada titisan lipid.
• Pankreas merembes jus pankreas yang mengandungi lipase ke dalam duodenum.
• Lipase menghidrolisis titisan lipid kepada asid lemak dan gliserol.
• Lipid + air → Gliserol + asid lemak
• Penyerapan asid lemak dan gliserol berlaku di dalam usus kecil.
• Di dalam sel epitelium vilus, kondensasi asid lemak dan gliserol membentuk titisan lipid semula.
• Titisan lipid diserap ke dalam lakteal vilus.
• Lipid diangkut dari lakteal melalui sistem limfa ke dalam duktus toraks dan akhirnya masuk ke dalam aliran darah melalui vena subklavikel kiri.
• Asimilasi berlaku dalam sel.
• Sel menggunakan lipid untuk membentuk sebatian kompleks membran plasma.

Soalan 6:
Seorang remaja makan hidangan berikut untuk sarapan pagi.
Huraikan apa yang berlaku kepada hasil-hasil akhir pencernaan makanan sarapan pagi dalam sel badan.
Jawapan:
• Roti mengandungi karbohidrat. Pencernaan karbohidrat menghasilkan glukosa.
• Glukosa diangkut ke sel badan dan hati untuk dioksidakan semasa respirasi sel bagi membebaskan tenaga.
• Glukosa berlebihan ditukar menjadi glikogen untuk disimpan.
• Hasil akhir mentega ialah asid lemak dan gliserol.
• Lipid dioksidakan untuk menghasilkan tenaga.
• Sebahagiannya disimpan dalam tisu adipos.
• Hasil akhir protein (telur dan susu) ialah asid amino.
• Asid amino diangkut ke sel badan untuk sintesis enzim dan memperbaiki tisu yang rosak.
• Epal dan susu membekalkan vitamin dan garam mineral.
• Vitamin seperti vitamin B digunakan sebagai kofaktor. Secara amnya, vitamin dan garam mineral mengekalkan kesihatan yang optimum.
• Epal juga membekalkan pelawas yang tidak boleh dicerna tetapi membantu dalam penyahtinjaan.
Seorang remaja makan hidangan berikut untuk sarapan pagi.
Roti bermentega – 2 keping Telur rebus – 2 biji Susu segar – 1 gelas Epal – 1 biji |