Soalan 7:
Encik Arif ialah seorang petani. Dia menggunakan racun rumpai untuk mengawal populasi rumpai di ladangnya. Racun rumpai boleh menghentikan pengangkutan mineral tertentu ke dalam tumbuhan melalui tisu akar rambut. Jelaskan mengapa.
Jawapan:
Racun rumpai mengandungi racun respirasi. Racun rumpai akan memusnahkan enzim respirasi yang akan menghentikan respirasi sel. Tiada ATP dihasilkan, maka pengangkutan aktif untuk mengangkut ion tidak akan berlaku di dalam sel tumbuhan

Soalan 8:
Terangkan bagaimana Amoeba sp. dapat terus hidup dalam air tawar yang hipotonik terhadap sitoplasma organisma tersebut.
Jawapan:
Melalui proses pengosmokawalaturan. Pengosmokawalaturan dalam Amoeba sp. melibatkan vakuol mengecut. Air akan meresap ke dalam Amoeba sp. secara osmosis. Air memenuhi vakuol mengecut sehingga saiz maksimumnya. Vakuol mengecut akan mengecut dan mengeluarkan air dari Amoeba sp. Oleh itu, Amoeba sp. tidak akan berkembang dan pecah.

Soalan 9:
Rajah 2 menunjukkan satu sel yang dapat dilihat menerusi mikroskop elektron.
(a)(i) Namakan struktur K.
(a)(ii) Nyatakan fungsi struktur K dan N.
(b) Terangkan bagaimana L mengekalkan kesegahan sel.
Jawapan:
(a)(i) K – Jasad Golgi
(a)(ii)
K – Pusat pemprosesan, pembungkusan dan pengangkutan karbohidrat, protein dan glikoprotein
N – mengandungi klorofil untuk memerangkap cahaya matahari bagi proses fotosintesis
(b)
• L ialah vakuol. Sap sel di dalam vakuol mengandungi air, bahan terlarut dan garam mineral.
• Apabila air meresap masuk ke dalam vakuol, vakuol akan mengembang.
• Vakuol dan sitoplasma akan menolak ke arah membran plasma dan sel dinding. Ini menghasilkan tekanan segah dalam sel dan mengekalkan kesegahan sel.

Soalan 10:
Bezakan antara yang berikut:
(a) tisu meristem dengan tisu epidermis tumbuhan,
(b) sel dengan tisu,
(c) tisu epitelium dengan tisu otot
Jawapan:
(a)
• Tisu meristem ialah tisu yang mempunyai sel yang bersaiz kecil, sitoplasma yang padat dan nukleus yang banyak. Tisu ini berfungsi untuk menjalankan pembahagian sel.
• Tisu epidermis mempunyai sel yang bervakuol besar dengan lapisan sitoplasma nipis. Tisu ini berfungsi meliputi permukaan tumbuhan untuk melindunginya daripada kecederaan dan kehilangan air.
(b) Sel ialah unit asas bagi semua hidupan. Tisu ialah sekumpulan sel yang mempunyai struktur tertentu dan menjalankan fungsi khusus.
(c) Tisu epitelium terdiri daripada satu atau lebih lapisan sel yang melapik sesuatu permukaan atau rongga badan dan melindunginya daripada kecederaan dan pengontangan. Tisu otot terdiri daripada sel otot dan gentian otot yang boleh mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan.