Praktis Sumatif 4 (Soalan 6 – 8) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4

Soalan 6:Rajah 4 menunjukkan penghasilan karbohidrat melalui proses fotosintesis. Karbohidrat ialah sejenis makromolekul.(a) Terangkan maksud makromolekul sebatian organik.(b) Jelaskan pembentukan polisakarida.(c) Bincangkan kepentingan sebatian organik utama dalam sel. Jawapan:(a) Makromolekul sebatian organik ialah sebatian yang besar dan kompleks dan mengandungi unsur karbon. Kebanyakan makromolekul ialah polimer yang terdiri daripada molekul-molekul kecil yang dikenali sebagai monomer.(b) … Read more

Praktis Sumatif 4 (Soalan 4 & 5) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4

Soalan 4:(a) Bagaimanakah air membantu dalam proses respirasi dan pencernaan?(b) Apakah ciri air yang membolehkan hidupan akuatik terus hidup sepanjang musim sejuk? Jawapan:(a) • Air melarutkan gas oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut di dalam darah.• Air melarutkan makanan tercerna seperti glukosa, asid amino dalam plasma darah untuk diangkut ke seluruh badan yang memerlukannya.(b) Ais … Read more

Praktis Sumatif 4 (Soalan 1 – 3) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4

Soalan 1:Lilin ialah sejenis lipid. Lilin didapati pada kutikel daun, buah-buahan dan biji. Terangkan fungsi lilin pada kulit buah. Jawapan:Fungsi lilin:• Menghalang kehilangan air daripada buah• Mengekalkan kesegaran buah• Melambatkan proses penguraian buah Soalan 2:Rajah 1 menunjukkan satu nukleotida.(a) Namakan komponen P, Q dan R.(b) Lengkapkan Rajah 2 untuk menunjukkan satu molekul DNA yang lengkap. … Read more

Praktis Formatif 4.5 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4

Soalan 1:Nyatakan dua jenis asid nukleik. Jawapan:Asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA) Soalan 2:Nyatakan komponen-komponen dalam nukleotida. Jawapan:Komponen-komponen dalam nukleotida ialah kumpulan fosfat, bes bernitrogen dan gula pentosa. Soalan 3:Terangkan mengapa struktur RNA lebih pendek berbanding dengan DNA. Jawapan:RNA adalah lebih pendek kerana RNA terhasil daripada sebahagian kecil DNA yang dikenali sebagai gen. Soalan … Read more

Praktis Formatif 4.4 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4

Soalan 1:Nyatakan unsur-unsur yang terdapat dalam lipid. Jawapan:Karbon, hidrogen dan oksigen. Sesetengah lipid mengandungi fosforus dan nitrogen. Soalan 2:Senaraikan jenis-jenis lipid. Jawapan:Lemak, fosfolipid, lilin dan steroid. Soalan 3:Beri pendapat anda mengenai pengambilan steroid sintetik untuk membina otot badan. Jawapan:Walaupun steroid sintetik boleh membantu membina otot badan, namun pengambilan steroid boleh membawa kesan sampingan seperti peningkatan … Read more

Praktis Formatif 4.3 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4

Soalan 1:Nyatakan monomer bagi protein. Jawapan:Asid amino Soalan 2:Namakan tindak balas yang membentuk dipeptida. Jawapan:Kondensasi Soalan 3:Nyatakan dua kepentingan protein. Jawapan:(mana-mana dua)• Membina sel baharu• Membaiki tisu yang rosak• Sintesis enzim, hormon, antibodi dan hemoglobin Soalan 4:Terangkan kesan kekurangan protein dalam diet seseorang terhadap rambut dan kuku individu tersebut. Jawapan:Rambut gugur, kuku lembut dan rapuh

Praktis Formatif 4.2 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4

Soalan 1:Namakan unsur-unsur yang terdapat dalam karbohidrat. Jawapan:Karbon, hidrogen dan oksigen. Soalan 2:Senaraikan jenis-jenis karbohidrat utama. Jawapan:Monosakarida, disakarida dan polisakarida. Soalan 3:Berikan contoh-contoh gula penurun dan gula bukan penurun. Jawapan:Contoh gula penurun ialah glukosa, galaktosa, fruktosa, maltosa dan laktosa. Manakala gula bukan penurun ialah sukrosa. Soalan 4:Terangkan mengapa sukrosa merupakan gula bukan penurun. Jawapan:Sukrosa merupakan … Read more

Praktis Formatif 4.1 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4

Soalan 1:Apakah ikatan kimia yang terurai semasa air berubah daripada cecair kepada wap air? Jawapan:Ikatan hidrogen Soalan 2:Mengapakah air dikenali sebagai molekul berkutub? Jawapan:Air dikenali sebagai molekul berkutub kerana atom oksigen yang lebih elektronegatif berbanding atom hidrogen akan menyebabkan elektron yang dikongsi bersama lebih tertarik terhadap atom oksigen. Ini menjadikan hujung atom oksigen berkutub separa … Read more