Praktis Sumatif 10 (Soalan 9 – 11) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10

Soalan 9:(a) Seorang bayi dilahirkan dengan injap bikuspid yang rosak dan tidak boleh tutup dengan ketat. Terangkan kesan keadaan ini terhadap bayi tersebut.(b) Seorang bayi normal mempunyai dinding otot jantung yang tebal yang memisahkan jantung sebelah kiri daripada sebelah kanan. Sekiranya otot ini tidak terbentuk dengan lengkap, ramalkan kesan terhadap kualiti darah yang memasuki aorta. … Read more

Praktis Sumatif 10 (Soalan 8) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10

Soalan 8:(a) Terangkan bagaimana pengecutan otot jantung secara beritma berlaku.(b) Kaki Ali berasa kebas setelah duduk bersila selama 1 jam. Cadangkan tindakan yang patut diambil dan jelaskan alasan anda.(c) Elly suka makan rendang daging dan nasi lemak. Terangkan mengapa amalan pemakanan ini untuk jangka masa lama boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatannya. Jawapan:(a) • Pengecutan … Read more

Praktis Sumatif 10 (Soalan 6 & 7) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10

Soalan 6:Rajah 1(a) menunjukkan skema sistem peredaran darah dalam manusia dan Rajah 1(b) menunjukkan skema sistem peredaran darah dalam ikan.(a) Terangkan sistem peredaran darah ikan.(b) Berdasarkan Rajah 1, bandingkan antara sistem peredaran darah manusia dan ikan.(c) Terangkan persamaan antara kedua-dua sistem peredaran darah.(d) Mengapakah pengaliran darah ikan menghadapi lebih banyak rintangan berbanding dengan pengaliran darah … Read more

Praktis Sumatif 10 (Soalan 1 – 5) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10

Soalan 1:Seorang mangsa kemalangan yang mempunyai kumpulan darah jenis B memerlukan pemindahan darah dengan serta-merta. Adakah selamat untuk dia menerima darah daripada individu yang mempunyai kumpulan darah jenis O? Terangkan mengapa. Jawapan:Ya. Individu yang mempunyai kumpulan darah jenis O tidak mempunyai antigen A atau antigen B pada sel darah merah. Jadi boleh menderma darah kepada … Read more

Praktis Formatif 10.8 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10

Soalan 1:Bagaimanakah jangkitan parasit boleh berlaku? Jawapan:Jangkitan parasit boleh berlaku melalui gigitan nyamuk yang menularkan cacing parasit Brugia sp. Soalan 2:Terangkan apa yang akan berlaku sekiranya bendalir tisu gagal dikembalikan kepada sistem peredaran darah. Jawapan:Sekiranya bendalir berlebihan tidak dikembalikan ke aliran darah, tisu badan akan menjadi bengkak kerana terlalu banyak bendalir terkumpul di dalam ruang … Read more

Praktis Formatif 10.7 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10

Soalan 1:Namakan dua salur limfa utama. Jawapan:Duktus limfa kanan dan duktus toraks. Soalan 2:Nyatakan tiga fungsi utama sistem limfa. Jawapan:Sistem limfa mempunyai tiga fungsi utama:• Pengumpulan bendalir tisu berlebihan untuk dikembalikan ke dalam aliran darah.• Pengangkutan lipid dari usus kecil ke aliran darah.• Pertahanan badan: Nodus limfa memusnahkan patogen dan menghasilkan limfosit. Soalan 3:Nyatakan perbezaan … Read more

Praktis Formatif 10.6 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10

Soalan 1:Apakah maksud penginfarkan miokardium? Jawapan:Serangan jantung. Soalan 2:Jelaskan bagaimana strok berlaku. Jawapan:Strok berlaku apabila darah beku menyekat pengaliran darah ke otak. Soalan 3:Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada risiko seseorang menghidap penyakit kardiovaskular? Jawapan:Diet makanan yang kaya dengan lipid dan rendah dalam serat, kurang bersenam, obesiti dan merokok. Soalan 4:Terangkan bagaimana aterosklerosis … Read more

Praktis Formatif 10.5 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10

Soalan 1:Nyatakan kumpulan darah yang merupakan penderma universal. Jawapan:Kumpulan darah O Soalan 2:Ramalkan apa yang akan berlaku jika kedua-dua kumpulan darah penerima dan penderma tidak sepadan. Jawapan:Sel darah merah penerima akan mengalami pengaglutinan. Soalan 3:Tiga orang bayi P, Q dan R mempunyai kumpulan darah B, O dan AB masingmasing. Tiga pasangan ibu bapa mempunyai kumpulan … Read more

Praktis Formatif 10.4 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10

Soalan 1:Pada akhir mekanisme pembekuan darah, fibrin terbentuk untuk menjerat eritosit.Terangkan maksud fibrin dan fungsinya. Jawapan:Fibrin ialah gentian protein berupa bebenang yang berfungsi mencegah kehilangan darah apabila seseorang terluka dan kemasukan mikroorganisma seperti bakteria dan benda asing lain ke dalam darah. Soalan 2:Namakan dua penyakit yang berkaitan dengan pembekuan darah. Jawapan:Hemofilia dan trombosis Soalan 3:Terangkan … Read more

Praktis Formatif 10.3 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10

Soalan 1:Namakan perentak jantung yang utama. Jawapan:Nodus sinoatrium Soalan 2:Apakah yang dimaksudkan dengan istilah miogenik? Jawapan:Miogenik bermaksud jantung mengecut dan mengendur tanpa perlu menerima isyarat impuls daripada sistem saraf. Soalan 3:Terangkan mengapa seseorang yang berdiri tegak terlalu lama mungkin akan pengsan. Jawapan:Pengaliran darah kembali ke jantung memerlukan bantuan pengecutan otot rangka di sekeliling vena.Sekiranya seseorang … Read more