Soalan 3:
Satu kajian dijalankan untuk menganggarkan saiz populasi ikan di dalam sebuah kolam. Kajian tersebut dijalankan mengikut langkah-langkah seperti di bawah.
• Ikan-ikan ditangkap, dikira, ditanda dan dilepaskan semula ke dalam kolam.
• Selepas seminggu, ikan-ikan ditangkap dan dikira.
• Bilangan ikan yang bertanda dicatatkan.
(a) Apakah bahan yang sesuai digunakan sebagai penanda?
(b) Nyatakan formula untuk menganggarkan saiz populasi ikan.
(c) Ketepatan kaedah ini bergantung kepada andaian. Berikan dua andaian tentang populasi ikan.
Jawapan:
(a) Cat kalis air
(b)
(c)(i) Tiada perpindahan keluar atau masuk spesies ikan yang dikaji kerana kolam ialah habitat yang tertutup.
(c)(ii) Tiada anak ikan yang mati atau menetas sepanjang masa kajian.

Soalan 4:
Andaikan anda seorang pegawai operasi di sebuah syarikat pembuatan arang kayu daripada batang pokok bakau. Syarikat tempat anda bekerja ingin membuka sebuah lagi kilang pembuatan arang kayu. Anda diminta mencadangkan kawasan untuk dijadikan lokasi kilang tersebut.
Lukis satu pelan kawasan dan senaraikan kelebihan lokasi yang dipilih.
Jawapan:
Kawasan: Jeram, Kuala Selangor
– Terdapat bahan mentah kayu bakau yang banyak.
– Tenaga pekerja mudah diperoleh daripada kalangan penduduk di kampung berhampiran.
– Terdapat banyak kawasan kosong untuk mendirikan kilang.
– Sistem pengangkutan yang baik.
– Berhampiran bandar-bandar utama tempat kayu arang akan dipasarkan.

Soalan 5:
Puan Haniza ialah seorang pensyarah ekologi. Beliau bercadang untuk membawa pelajarnya mengadakan kajian lapangan di sebuah hutan paya bakau. Tujuan kajian lapangan tersebut adalah untuk mengkaji sistem pengudaraan dan sokongan pokok-pokok bakau yang tumbuh di kawasan pantai yang dipenuhi lumpur dan selut. Beliau menganggarkan kajian lapangan tersebut mengambil masa selama dua hari. Walau bagaimanapun, Puan Roziana yang juga seorang pensyarah ekologi menganggarkan kajian lapangan tersebut boleh disiapkan dalam masa sehari.
(a) Pada pendapat anda, anggaran siapakah yang lebih sesuai?
(b) Cadangkan aktiviti yang sesuai dilakukan sepanjang kajian tersebut.
Jawapan:
(a)
Kajian adalah tentang sistem pengudaraan dan sokongan pokok-pokok bakau.
Melibatkan pemantauan terhadap akar pneumatofor, akar jangkang dan akar banir.
Berlaku pasang surut air laut dua kali sehari di kawasan kajian.
Sebahagian akar ditenggelami air laut yang pasang.
Perlu masa yang lebih panjang seperti anggaran Puan Haniza.
(b)
Memerhati dan melukis spesies tumbuhan di zon yang berbeza.
Menganggarkan populasi organisma.
Menyenaraikan komponen biosis dan abiosis.
Membina rantai dan siratan makanan.
Mengambil gambar foto spesies bakau di zon yang berbeza.