Eksperimen 5.2 – Kesan Pemasakan Buah dengan Kehadiran Fitohormon:
Pernyataan masalah
Apakah kesan hormon etilena terhadap buah tomato?
Tujuan
Membandingkan kesan pemasakan buah dengan kehadiran etilena dan tanpa kehadiran etilena
Hipotesis
Buah tomato lebih cepat masak dengan kehadiran etilena.
Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kehadiran etilena
Pemboleh ubah bergerak balas: Kesan pemasakan buah tomato
Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis buah, suhu
Bahan
Beg kertas, buah pisang masak, buah tomato muda
Prosedur
1. Sediakan dua beg kertas dan labelkan sebagai A dan B.
2. Catatkan warna dan keadaan buah tomato sebelum dimasukkan ke dalam beg kertas.
3. Isi beg kertas seperti yang berikut:
(a) Beg kertas A: Sebiji tomato muda
(b) Beg kertas B: Sebiji tomato muda dan sebiji pisang masak
4. Tutup beg kertas dengan kemas.
5. Selepas 12 jam, perhati dan bandingkan perubahan warna serta keadaan buah tomato di dalam kedua-dua beg kertas.
6. Catatkan pemerhatian anda dalam jadual di bawah.
Keputusan
Perbincangan
1. Buah tomato yang manakah paling cepat masak? Jelaskan.
2. Mengapakah buah pisang masak digunakan dalam eksperimen ini?
3. Terangkan kesan etilena terhadap buah tomato.
Kesimpulan
Adakah hipotesis tersebut diterima? Cadangkan satu kesimpulan yang sesuai
Jawapan:
Keputusan:
Perbincangan
1. Tomato di dalam beg kertas B. Pisang masak membebaskan gas etilena. Gas etilena mempercepat pemasakan buah tomato.
2. Buah pisang yang masak membebaskan hormon etilena yang wujud dalam bentuk gas.
3. Gas etilena merangsang enzim selulase untuk menghidrolisis selulosa pada dinding sel menyebabkan buah tomato yang masak menjadi lembut. Gas etilena menguraikan klorofil yang menyebabkan warna hijau tomato bertukar merah apabila masak. Gas etilena menguraikan karbohidrat kompleks kepada gula ringkas menyebabkan buah tomato yang masak berasa manis.