Soalan 1:
Apakah maksud homeostasis?
Terangkan bagaimana mekanisme homeostasis berlaku.
Jawapan:
Homeostasis ialah pengawalaturan faktor fizikal dan faktor kimia persekitaran dalam pada julat yang normal untuk sel berfungsi dalam keadaan optimum.
Mekanisme homeostasis berlaku secara suap balik negatif:
• Nilai yang melebihi julat normal diturunkan semula kepada julat normal.
• Nilai yang menurun di bawah julat normal ditingkatkan semula kepada julat normal.

Soalan 2:
Seorang pekerja terpaksa bekerja dalam keadaan panas kerana bekalan elektrik dalam pejabatnya terputus. Huraikan gerak balas efektor dalam mengawal atur suhu badannya.
Jawapan:
Mekanisme homeostasis:
• Pemvasodilatan berlaku.
• Kelenjar peluh merembeskan peluh.
• Otot erektor mengendur — bulu roma menurun.
• Otot rangka kurang mengecut dan mengendur.
Badan tidak menggigil.
• Kelenjar adrenal dan kelenjar tiroid kurang dirangsang — kadar metabolisme menurun.

Soalan 3:
Seorang lelaki berumur 40 tahun disahkan oleh doktor tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi. Huraikan apa yang berlaku kepada lelaki tersebut.
Jawapan:
Glukosa berlebihan tidak ditukar kepada glikogen.
Aras glukosa dalam darahnya akan meningkat (hiperglisemia) dan glukosa dikumuhkan dalam air kencing (glikosuria).
Dalam keadaan sedemikian, individu tersebut dikatakan telah menghidapi penyakit diabetes melitus atau penyakit kencing manis.
Seorang pesakit diabetes melitus sentiasa berasa haus, penat, letih dan mengalami penurunan berat badan.
Pesakit akan mati sekiranya tidak dirawat.

Soalan 4:
Ahmad baru sahaja tamat larian pecut 100 m.
Terangkan bagaimana tekanan darahnya diturunkan kepada julat normal.
Jawapan:
• Tekanan darah meningkat. Baroreseptor di arka aorta dan arteri karotid dirangsang.
• Pusat kawalan kardiovaskular di medula oblongata dirangsang.
• Otot licin pada dinding arteri mengendur (pemvasodilatan) dan ini mengurangkan rintangan pengaliran darah dalam salur darah.
• Pengecutan otot kardium jantung yang lemah berlaku.
• Tekanan darah kembali ke paras normal.