Praktis Sumatif 13 (Soalan 1 – 7) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 13


Soalan 1:
Nyatakan pada bahagian ginjal manakah liku Henle boleh didapati?

Jawapan:
Liku Henle terdapat dalam medula ginjal.

Soalan 2:
Nyatakan keadaan air kencing yang akan dihasilkan setelah seseorang individu
(a) minum air yang banyak
(b) makan terlalu banyak makanan masin

Jawapan:
(a) Air kencing banyak dan cair.

(b) Air kencing pekat dan sedikit.

Soalan 3:
Nyatakan satu ujian yang dapat anda jalankan dalam makmal untuk mengesan sama ada seseorang itu mengalami penyakit kencing manis.

Jawapan:
Ujian Benedict

Soalan 4:
Huraikan peranan yang dimainkan oleh hati apabila kepekatan gula dalam darah menurun.

Jawapan:
Hati akan melambatkan respirasi sel, menukarkan glikogen kepada glukosa dan menghalang penukaran glukosa kepada glikogen.

Soalan 5:
Jadual 1 menunjukkan kepekatan asid amino dalam plasma darah dan dalam air kencing.


(a) Terangkan perbezaan antara kepekatan asid amino dalam plasma darah dengan dalam air kencing.

(b) Kedua-dua ginjal seorang pesakit gagal berfungsi. Keadaan ini menyebabkan ketidakseimbangan air dan pengumpulan urea dalam darah. Nyatakan kesan kegagalan ginjal terhadap pengawalaturan keseimbangan air dalam darah.


Jawapan:
(a)
Kepekatan asid amino dalam plasma darah lebih tinggi dari dalam air kencing.
Penyerapan semula berlaku. 100% asid amino diserap semula ke dalam kapilari darah secara pengangkutan aktif pada tubul berlingkar proksimal.

(b)
Ginjal gagal bertindak sebagai organ pengosmokawalaturan. Kandungan air dalam badan tidak dapat dikawal atur.

Soalan 6:
(a) Seorang pesakit menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan pankreas terpaksa dibuang. Terangkan kesan pembuangan pankreas terhadap penghasilan enzim dan hormon, dan seterusnya terhadap pencernaan serta aras glukosa dalam darah individu tersebut.

(b) Apakah nasihat yang boleh diberikan kepada pesakit itu untuk membantunya menangani masalah kesihatan yang disebabkan oleh pembuangan pankreas?


Jawapan:
(a)
• Tiada enzim lipase. Ini bermaksud kurang pencernaan lemak.

• Tiada enzim tripsin. Ini bermaksud kurang pencernaan protein.

• Apabila insulin dan glukagon tidak dihasilkan, pangawalaturan aras gula darah terjejas.

(b)
• Kurangkan makanan berkarbohidrat.

• Dapatkan suntikan insulin jika aras gula darah meningkat melebihi aras normal.

Soalan 7:
Rajah 1 menunjukkan struktur satu nefron dan duktus pengumpul.


(a) Namakan proses yang berlaku di J.

(b) Namakan dua bahan yang tidak dituras keluar melalui glomerulus.

(c) Huraikan bagaimana proses yang anda namakan di (a) boleh berlaku.

(d) Terangkan mengapa bendalir yang mengalir di liku Henle tidak mengandungi glukosa walaupun glukosa terdapat dalam kapsul Bowman.

(e) Mamalia yang berlainan mempunyai struktur ginjal yang berlainan, bergantung pada kehadiran air dalam habitatnya. Kepekatan air kencing yang dihasilkan bergantung pada panjang liku Henle. Semakin panjang liku Henle, semakin tinggi kepekatan garam dalam bendalir di sekitar liku Henle.
Berdasarkan maklumat ini, apakah yang dapat anda ramalkan mengenai liku Henle bagi haiwan yang hidup dalam keadaan persekitaran yang lembap berbanding dengan haiwan yang hidup dalam keadaan persekitaran yang kering?


Jawapan:
(a)
Ultraturasan

(b)
Sel darah dan protein plasma

(c)
Diameter arteriol aferen yang membawa darah ke dalam glomerulus adalah lebih besar daripada diameter arteriol eferen yang membawa darah keluar darinya. Ini mewujudkan satu tekanan hidrostatik yang tinggi di dalam glomerulus dan menolak molekul bersaiz tertentu seperti glukosa dan asid amino keluar melalui dinding setebal dua sel antara dinding kapilari dan dinding dalam kapsul Bowman.

(d)
Glukosa telah diserap semula di tubul berlingkar proksimal melalui pengangkutan aktif.

(e)
Haiwan yang hidup di persekitaran yang kering mempunyai tubul liku Henle yang lebih panjang daripada haiwan yang hidup di persekitaran yang lembap. Ini membolehkan lebih banyak air diserap semula melalui liku Henle. Hasilnya ialah air kencing yang pekat.

Leave a Comment