Praktis Formatif 4.1 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Apakah ikatan kimia yang terurai semasa air berubah daripada cecair kepada wap air?

Jawapan:
Ikatan hidrogen

Soalan 2:
Mengapakah air dikenali sebagai molekul berkutub?

Jawapan:
Air dikenali sebagai molekul berkutub kerana atom oksigen yang lebih elektronegatif berbanding atom hidrogen akan menyebabkan elektron yang dikongsi bersama lebih tertarik terhadap atom oksigen. Ini menjadikan hujung atom oksigen berkutub separa negatif dan hujung atom hidrogen berkutub separa positif.

Soalan 3:
Nyatakan maksud daya lekatan dan daya lekitan.

Jawapan:
Daya lekatan air merujuk kepada daya yang membolehkan molekul air melekat pada permukaan lain manakala daya lekitan air merujuk kepada daya yang membolehkan molekul air melekat antara satu sama lain.

Soalan 4:
Terangkan bagaimana berpeluh membantu menurunkan suhu badan.

Jawapan:
Apabila badan berpeluh, penyejatan peluh daripada permukaan kulit kita akan menggunakan tenaga haba daripada badan kita dan ini sekaligus menyejukkan badan kita.

Leave a Comment