Praktis Sumatif 4 (Soalan 4 & 5) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4


Soalan 4:
(a) Bagaimanakah air membantu dalam proses respirasi dan pencernaan?

(b) Apakah ciri air yang membolehkan hidupan akuatik terus hidup sepanjang musim sejuk?


Jawapan:
(a)
• Air melarutkan gas oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut di dalam darah.

• Air melarutkan makanan tercerna seperti glukosa, asid amino dalam plasma darah untuk diangkut ke seluruh badan yang memerlukannya.

(b)
Ais yang kurang tumpat daripada air membolehkan ais terapung di atas air dan memerangkap haba. Ciri ini membolehkan organisma akuatik terus hidup dalam air di bawah ais.

Soalan 5:
Rajah 3 menunjukkan tindak balas pembentukan dan penguraian lipid.


(a)(i) Namakan bahagian berlabel K, L dan M.
(a)(ii) Nyatakan proses P dan Q.

(b) Asid lemak terbahagi kepada asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu.
Nyatakan empat perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu.


Jawapan:
(a)(i)
K: Gliserol
L: Asid lemak
M : Trigliserida

(a)(ii)
P: Kondensasi
Q: Hidrolisis


(b) Perbezaan antara lemak tepu dan lemak tak tepu

Leave a Comment