Soalan 8:
(a)(i) Banding dan bezakan antara sistem saraf dengan sistem endokrin.
(a)(ii) Nora terpijak paku secara tidak sengaja. Dia menjerit sambil memegang kaki yang terluka. Huraikan gerak balas Nora apabila terpijak paku tersebut.
(b) Selepas minum petang, Azman pergi ke taman permainan untuk menunggang basikal. Semasa dia sedang menunggang basikal, Azman sedar akan tindakan yang dilakukan olehnya. Akan tetapi, dia tidak sedar apa yang sedang berlaku kepada makanan yang baru selesai dimakan.
Huraikan mengapa Azman sedar tentang tindakannya apabila dia menunggang basikal tetapi tidak sedar apa yang sedang berlaku kepada makanan yang telah dimakan.
Jawapan:
(a)(i)
Sistem saraf dan sistem endokrin mempunyai beberapa persamaan:
• Kedua-duanya mempunyai organ sasaran.
• Kedua-duanya bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan.
• Kedua-duanya berfungsi menyelaras segala aktiviti badan.
Sistem saraf dan sistem endokrin mempunyai beberapa perbezaan:
(a)(ii)
• Paku tajam mencucuk kulit menyebabkan reseptor deria dalam kulit menjana impuls saraf.
• Impuls saraf dipindahkan di sepanjang neuron deria ke arah saraf tunjang.
• Dalam saraf tunjang, impuls saraf dipindahkan dari neuron deria ke neuron geganti.
• Dari neuron geganti, impuls saraf dipindahkan ke neuron motor.
• Neuron motor membawa impuls saraf dari saraf tunjang ke efektor (tisu otot) supaya kaki dialihkan dengan cepat.
(b)
• Azman sedar tentang tindakannya apabila dia menunggang basikal kerana tindakan tersebut melibatkan gerak balas yang berlaku secara disedari dan dikawal oleh kemahuannya.
• Dia tidak sedar mengenai proses pencernaan makanan yang sedang berlaku dalam salur pencernaannya kerana proses pencernaan merupakan gerak balas yang tidak disedari dan tidak dapat dikawal oleh kemahuan sedarnya.
• Pusat kawalan yang terlibat semasa menunggang basikal ialah sistem saraf pusat dan melibatkan sistem otot rangka.
• Azman mempunyai pengalaman lepas tentang cara menunggang basikal. Maklumat ini dicetuskan di kawasan motor di korteks serebrum.
• Oleh kerana maklumat ini dicetuskan di korteks serebrum, ia merupakan satu gerak balas yang disedari oleh Azman.
• Maklumat kemudiannya dihantar ke efektor yang merupakan otot rangka di kaki dan tangan melalui neuron motor.
• Pengecutan otot rangka membolehkan Azman menunggang basikal mengikut kemahuannya. Selain daripada korteks serebrum, reseptor imbangan di bahagian telinga juga menghantar maklumat tentang keseimbangan badan ke pusat kawalan.
• Pusat kawalan yang terlibat dalam pencernaan makanan ialah medula oblongata dan otot yang terlibat ialah otot licin.
• Kehadiran makanan dalam salur pencernaannya mencetuskan impuls pada reseptor dan maklumat ini dihantar ke medula oblongata.
• Maklumat ini dihantar ke otot licin melalui neuron motor. Otot licin akan mengecut dan mengendur secara beritma bagi menghasilkan satu gelombang peristalsis untuk menggerakkan bahan makanan di sepanjang salur pencernaan.
• Oleh kerana maklumat tidak sampai ke bahagian korteks serebrum yang bertanggungjawab terhadap gerak balas yang disedari, maka tiada persepsi tentang peristalsis makanan ditimbulkan.