Eksperimen 3.1 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 3


Eksperimen 3.1 – Kesan Nisbah Nitrogen: Fosforus: Kalium terhadap Pertumbuhan Tanaman:
Pernyataan Masalah: Apakah kesan nisbah nitrogen: fosforus: kalium (N:P.K) terhadap pertumbuhan anak benilh jagung?

Tujuan: Menyiasat kesan nisbeh nitrogen: fosforus: kalium (N.P.A) yang dikenal pasti terhadap pertumbuhan anak benih jagung

Hipotesis: Anak benih jagung mengalami pertumbuhan yang sihat dalam larutan Knop dengan nisbah nitrogen; fosforus: kalium (N:P:K)


Pemboleh ubah:
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Nisbah nitrogen, fosforus dan kalium
Pemboleh ubah bergerak balas: Pertumbuhan anak benih jagung
Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu larutan

Bahan: Arak benih jagung (Zea mays), kalsium nitrat, Ca(NO3)2, kalium nitrat, KNO3, kalium dihidrogen fosfat. KH2PO4, magnesium sulfat MgSO4,  ferum(III) fosfat, fePO4 , air suling kapas, kertas hitam, kalsium klorida, kalium klorida, kalsium fosfat, ferum(II) oksida, natrium nitrat.

Radas: Botol kultur, salur penghantar berbentuk L, gabus, pam udara


Prosedur


1.
Sediakan lima botol kuitur yang berlabel A, B, C, D dan E.

2. Isi botol kultur A, B, C, D dan E, masing-masing dengan larutan seperti dalam jadual 3.4

3. Piih lima anak benih jagung yang sama saiz dan letak setiap satu anak benih ke dalam setiap botol kultur dengan menyisipkan batangnya menerusi lubang pada gabus. Pastikan akar anak benih terendam di dalam larutan.

4. Balut kesemua botol kultur dengan kertas hitam bagi mengelakkan pertumbuhan alga hijau.

5. Sambungkan botol kultur dengan pam udara untuk memastikan akar menerima bekalen gas oksigen.

6. Ganti larutan kultur di dalam setiap botol dengan larutan baharu pada setiap minggu.

7. Letak radas di tempat yang bercahaya.

8. Perhati dan rekodkan pertumbuhan anak benih jagung dan segi warna daun, ketinggian pokok, panjang akar dan kekuatan batang selepas empat minggu.

Pemerhatian:



Perbincangan
1. Nyatakan dua langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa menyediakan bahan dan radas. Wajarkan.

2. Di dalam botol kultur yang manakah anak benih jagung tumbuh dengan sihat?

3. Bagaimanakah nisbah nitrogen: fosforus: kalium dapat mempengaruhi pertumbuhan anak benih jagung?

Kesimpulan
Adakah hipotesis tersebut diterima? Cadangkan satu kesimpulan yang sesuai.


Jawapan:
Keputusan:


Perbincangan:
1. Dua langkah berjaga-jaga.
(a) Botol kultur dibalut dengan kertas hitam/ plastik hitam untuk mencegah pertumbuhan alga hijau. Alga hijau akan menggunakan kandungan nutrien dalam larutan kultur dan akan mempengaruhi keputusan eksperimen.

(b) Larutan kultur Knop perlu diganti setiap minggu bagi memastikan pokok jagung menerima nutrien.

(c) Botol kultur disambung dengan pam udara untuk membekalkan oksigen kepada akar supaya akar dapat berespirasi.


2. Anak benih dalam botol kultur A tumbuh sihat kerana botol kultur A mengandungi larutan kultur Knop.

3. Nisbah nitrogen: fosforus: kalium ialah 15:15:15 atau 12:12:17. Secara umumnya, nitrogen adalah untuk kehijauan daun, fosforus adalah untuk perkembangan akar dan kalium adalah untuk pertumbuhan tanaman. Tumbuhan yang mendapat ketiga-tiga unsur ini dengan nisbah yang betul akan mudah menyerap nutrien lain untuk pertumbuhan.

Leave a Comment