Soalan 3:
Pak Ali menggunakan kaedah seperti dalam Gambar foto 1 untuk tanaman herbanya. Beliau menggunakan sumbu yang terendam di dalam larutan nutrien bagi memenuhi keperluan tanamannya.
(a) Apakah kaedah yang digunakan oleh Pak Ali?
(b) Nyatakan empat keperluan asas tanaman bagi memastikan tanaman Pak Ali tumbuh sihat dan subur.
(c) Wajarkan penggunaan sumbu dalam kaedah yang dijalankan oleh Pak Ali.
(d) Jelaskan adaptasi akar bagi membolehkan tumbuhan tersebut mendapat nutrien secukupnya.
Jawapan:
(a) Kaedah hidroponik.
(b) Air, cahaya, nutrien dan udara.
(c) Sumbu digunakan untuk menyerap air dan nutrien daripada larutan nutrien. Sumbu yang sentiasa basah memastikan akar mendapat bekalan air dan nutrien.
(d) Kaedah ini sesuai untuk tumbuhan herba dan tumbuhan bersaiz kecil. Tumbuhan ini mempunyai akar serabut yang memastikan penyerapan air dan nutrien yang maksimum.

Soalan 4:
Gambar foto 2.1 dan Gambar foto 2.2 menunjukkan dua jenis tumbuhan yang dapat ditemui dalam ekosistem hutan hujan tropika. Kedua-dua tumbuhan ini menjalankan tabiat nutrisi yang
berbeza. Tumbuhan dalam Gambar foto 2.1 dapat menghasilkan makanannya sendiri dengan berfotosintesis manakala tumbuhan dalam Gambar foto 2.2 bergantung kepada tumbuhan lain bagi
mendapatkan nutrisi.
(a) Nyatakan peranan tumbuhan dalam Gambar foto 2.1 dalam ekosistem hutan hujan tropika.
(b) Jelaskan kepentingan tumbuhan dalam Gambar foto 2.2 dalam ekosistem hutan hujan tropika.
(c) Terangkan perbezaan penyesuaian nutrisi kedua-dua tumbuhan tersebut.
Jawapan:
(a) Tumbuhan dalam Gambar foto 2.1 merupakan organisma pengeluar dalam rantai makanan dan membekalkan makanan kepada pengguna di dalam ekosistem hutan hujan tropika.
(b) Tumbuhan dalam Gambar foto 2.2 merupakan tumbuhan parasit yang dapat mengubah persekitaran fizikal di sekitarnya seperti kandungan air dan nutrien di dalam tanah. Perumah akan menyerap air dan nutrien lebih banyak daripada tanah menyebabkan perubahan bekalan sumber organisma di sekitarnya. Interaksi tumbuhan parasit dan perumah juga dapat mengekalkan aliran tenaga dan keseimbangan ekosistem di dalam hutan hujan tropika.
(c) Tumbuhan dalam Gambar foto 2.1 mempunyai klorofil. Tumbuhan ini menghasilkan makanannya sendiri dengan mensintesiskan sebatian organik kompleks daripada bahan mentah tak organik ringkas melalui proses sintesis. Manakala tumbuhan dalam Gambar foto 2.2 tidak mempunyai klorofil, maka tumbuhan ini tidak dapat berfotosintesis. Tumbuhan ini menyerap air dan nutrien daripada tumbuhan perumah. Akhirnya menembusi batang perumah hingga ke berkas vaskular

Soalan 5:
Beberapa kajian mendapati bahawa tanaman organik mengandungi lebih banyak nutrien berbanding tanaman biasa. Bagaimanapun, terdapat juga kajian yang menunjukkan tiada perbezaan kandungan nutrien antara kedua-dua tanaman. Sebagai seorang pegawai pertanian, wajarkan maklumat ini.
Jawapan:
Tanaman organik yang ditanam merupakan tanaman yang bebas daripada bahan tambahan tiruan seperti baja buatan dan hormon buatan. Selain bebas daripada bahan kimia, tanaman organik juga kaya dengan antioksidan, mineral dan vitamin. Hal ini dikatakan demikian kerana tanaman organik tidak menggunakan racun perosak berbanding tanaman bukan organik.