Praktis Sumatif 9 (Soalan 1 – 4) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9


Soalan 1:
Sesetengah orang tidak boleh minum susu kerana akan menghadapi masalah cirit-birit dan kembung perut. Jelaskan keadaan ini.

Jawapan:
Jus usus individu tersebut berkemungkinan tidak mengandungi atau kekurangan enzim laktase yang boleh mencernakan gula susu (laktosa) dalam usus kecilnya. Akibatnya, bakteria yang terdapat di dalam usus besar akan mencernakan laktosa ini untuk menghasilkan asid lemak dan metana yang menyebabkan masalah cirit-birit dan kembung perut. Individu tersebut dinasihati minum susu tanpa laktosa.

Soalan 2:
Amin makan daging untuk sajian tengah hari. Terangkan bagaimana protein dicernakan dalam perut Amin.

Jawapan:
• Kelenjar gaster di dalam perut merembeskan jus gaster.

• Jus gaster mengandungi asid hidroklorik dan pepsin.

• Medium di dalam perut adalah berasid dan optimum untuk tindakan enzim.

• Protein dihidrolisiskan kepada polipeptida oleh enzim pepsin.

Soalan 3:
Seorang individu mempunyai tabiat pemakanan seperti berikut:

Makan dengan banyak dalam masa yang singkat diikuti oleh pemuntahan semula secara sengaja setiap kali selepas makan.
Terangkan bagaimana tabiat pemakanan ini mempengaruhi kesihatan individu tersebut.


Jawapan:
• Individu tersebut menghidap penyakit bulimia.

• Untuk mengekalkan jisim badan, pesakit memuntahkan semula makanan yang dimakan.

• Pesakit juga mengalami tekanan dan kerisauan.

• Pesakit mengalami ketidakseimbangan ion mineral dalam darah.

• Ini menyebabkan kerosakan kepada salur alimentari.

Soalan 4:
Rajah 1 menunjukkan salur alimentari dalam manusia.


(a) Namakan struktur X dan Y.

(b)(i) Enzim di dalam X hanya efektif dalam keadaan beralkali. Terangkan bagaimana keadaan beralkali dapat dikekalkan di dalam X.

(b)(ii) Terangkan bagaimana Y terlibat dalam pencernaan karbohidrat di X.

(c) Namakan enzim yang terdapat di dalam Z. Terangkan bagaimana enzim tersebut berfungsi dalam pencernaan protein.

(d) Seorang pelajar gemar makan buah oren dengan banyak. Terangkan kesan pemakanan terlalu banyak buah oren terhadap pencernaan kanji di X.


Jawapan:
(a)
X : Duodenum
Y : Pankreas

(b)(i) Hempedu dan jus pankreas adalah beralkali. Ini membantu meneutralkan asid daripada perut.

(b)(ii) Y merembeskan jus pankreas yang mengandungi enzim pencernaan ke dalam X. Amilase pankreas menghidrolisis kanji kepada maltosa.

(c) Pepsin menghidrolisis protein kepada polipeptida.

(d) Asid di dalam buah oren merendahkan nilai pH duodenum. Hal ini akan memperlahankan pencernaan kanji.

Leave a Comment