Soalan 7:
(a) Terangkan mengapa pengambilan diet yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi tidak baik untuk kesihatan.
(b) Cadangkan jenis makanan yang sesuai untuk seseorang yang ingin mengurangkan berat badan dan mengurangkan risiko menghidap penyakit kardiovaskular. Terangkan jawapan anda.
(c) Huraikan proses pencernaan, penyerapan dan asimilasi kanji dalam badan manusia.
Jawapan:
(a)
Diet yang kaya dengan lemak adalah tidak baik untuk kesihatan bagi sebab-sebab berikut:
• Diet yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi dan makanan berminyak boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.
• Lemak yang berlebihan akan terenap pada dinding arteri (aterosklerosis) dan boleh menyebabkan arteri tersumbat.
• Lumen arteri menjadi sempit. Ini menyukarkan pengaliran darah. Keadaan ini meningkatkan tekanan darah (hipertensi).
• Sekiranya lumen arteri yang menjadi sempit ialah arteri koronari (arteri di jantung), sakit jantung yang disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen ke otot jantung berlaku.
• Sekiranya kolesterol ini mengeras dan menyumbat arteri koronari, serangan penyakit jantung atau trombosis koronari iaitu kekurangan bekalan darah dan oksigen ke jantung berlaku dan
menyebabkan kerosakan pada bahagian jantung. Keadaan ini boleh membawa maut sekiranya tindakan pengepaman jantung terhenti.
• Kolesterol berlebihan juga boleh menyebabkan pembentukan batu hempedu.
(b)
• Makanan yang kurang karbohidrat dan lemak. Kurang karbohidrat akan ditukar kepada lemak.
• Makanan yang kurang lemak dan kolesterol. Kolesterol akan kurang terenap pada dinding arteri dan menyumbat arteri. Pengaliran darah di jantung tidak tersekat.
(c)
• Hidrolisis kanji oleh amilase air liur dan amilase pankreas menghasilkan maltosa. Seterusnya, hidrolisis maltosa oleh maltase menghasilkan glukosa. Hasil akhir pencernaan kanji ialah glukosa. Glukosa diserap melalui sel epitelium ileum dan seterusnya diserap masuk ke dalam sistem peredaran darah melalui kapilari darah.
• Glukosa kemudian diangkut melalui vena portal hepar ke hati.
• Proses asmilasi berlaku di hati. Mengikut keperluan badan, glukosa dalam hati dioksidakan, glukosa berlebihan ditukar kepada glikogen untuk disimpan di hati atau ditukar menjadi lemak dan diangkut ke bahagian badan yang lain untuk disimpan.
• Dari hati, sebahagian glukosa diangkut oleh sistem peredaran darah ke jantung dan seterusnya dipam ke seluruh sel badan.
• Di sel badan, glukosa dioksidakan untuk menghasilkan tenaga, air dan karbon dioksida.
• Tenaga digunakan untuk proses kimia sel, misalnya pengecutan otot dan sintesis protein. Glukosa berlebihan disimpan dalam otot.