Eksperimen 1.1 – Bentuk Lengkung Pertumbuhan dalam Tumbuhan:
Pernyataan Masalah: Apakah bentuk lengkung pertumbuhan bagi pokok jagung?
Tujuan: Mengkaji lengkung pertumbuhan pokok jagung
Hipotesis: Lengkung pertumbuhan pokok jagung berbentuk sigmoid
Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Bilangan hari selepas penanaman
Pemboleh ubah bergerak balas: Purata jisim kering anak benih jagung
Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis biji benih jagung
Bahan: 30 biji benih jagung
Radas: Petak semaian, penimbang elektronik, ketuhar
Prosedur
1. Sediakan 30 biji benih jagung yang telah direndam sekurang-kurangnya satu jam dan sediakan petak semaian di kawasan lapang.
2. Ambil tiga biji benih secara rawak.
3. Keringkannya di dalam ketuhar pada suhu 100 °C selama 5 minit.
4. Timbang biji benih yang dikeringkan satu persatu dan catatkan jisim keringnya.
5. Ulangi langkah 3 dan 4 pada biji benih yang sama sehingga jisim keringnya tidak berubah.
6. Rekod jisim kering tersebut dalam jadual keputusan (hari `0’). Dapatkan purata jisim kering bagi tiga biji benih.
7. Semai baki biji benih pada jarak lebih kurang 30 cm di antara satu sama lain pada petak semaian.
8. Siram air yang mencukupi pada petak semaian setiap hari.
9. Ambil tiga anak benih secara rawak daripada tapak semaian setiap tiga hari dan bersihkan dengan cermat.
10. Keringkan ketiga-tiga anak benih di dalam ketuhar pada suhu 100 °C selama 5 minit dan timbang satu persatu dan rekodkan jisim keringnya.
11. Ulangi langkah 10 sehingga jisim keringnya tidak berubah dan rekodkan keputusan dalam jadual keputusan.
12. Ulangi langkah 9 hingga 11 dengan meningkatkan masa pengeringan di dalam ketuhar selama 10 minit sehingga 30 minit berdasarkan saiz anak benih jagung sehingga hari ke-21.
13. Plot graf purata jisim kering anak benih jagung melawan masa.
Keputusan
Perbincangan
1. Apakah bentuk lengkung pertumbuhan anak benih jagung?
2. Terangkan lengkung pertumbuhan tersebut.
Kesimpulan
Adakah hipotesis tersebut diterima? Cadangkan satu kesimpulan yang sesuai.
Jawapan:
Keputusan:
Graf jisim kering biji benih jagung melawan masa (hari):
Perbincangan:
1. Lengkung pertumbuhan anak benih jagung berbentuk sigmoid atau berbentuk S.
2. Pada awal eksperimen, pertumbuhan berlaku dengan perlahan. Apabila pokok jagung dapat menjalankan fotosintesis, jisim kering meningkat dan pertumbuhan menjadi cepat. Apabila anak benih telah matang, kadar pertumbuhan adalah sifar (jisim kering malar). Pokok jagung mengalami penurunan jisim kering apabila mengalami penuaan.