Praktis Sumatif 1 (Soalan 1 & 2) – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan tiga contoh tisu yang terdapat dalam tumbuhan.


Kenal pasti tisu A, tisu B dan tisu C. Nyatakan satu ciri dan fungsi bagi setiap tisu tersebut.


Jawapan:
Tisu A: Tisu meristem
Ciri: Mempunyai dinding sel yang nipis, nukleus yang besar, mempunyai sitoplasma padat dan vakuol yang kecil

Fungsi: Merupakan tisu muda yang terlibat secara aktif dalam pembahagian sel secara mitosis

Tisu B: Tisu kolenkima
Ciri: Dinding sel diperbuat daripada pektin dan hemiselulosa serta menebal secara tidak sekata

Fungsi: Memberi sokongan mekanikal dan sifat keanjalan kepada tumbuhan

Tisu C: Tisu sklerenkima
Ciri: Mempunyai dinding sel yang tebal

Fungsi: Memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada bahagian tumbuhan yang matang.

Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan keratan membujur hujung pucuk tumbuhan eudikot.


(a) Namakan Zon I, Zon II dan Zon III.

(b)(i) Lukis satu sel untuk mewakili Zon I dan Zon II.

(b)(ii) Nyatakan perbezaan antara sel pada Zon I dan sel pada Zon II.

(c) Lukis keratan rentas pucuk XY.

(d) Setelah beberapa tahun, tumbuhan tersebut mengalami pertumbuhan sekunder.
Lukis keratan rentas batang pokok tumbuhan yang mengalami pertumbuhan sekunder.


Jawapan:
(a)
Zon I: Zon pembahagian sel
Zon II: Zon pemanjangan sel
Zon III: Zon pembezaan sel


(b)(i)


(b)(ii)
Sel di Zon I mempunyai nukleus bersaiz besar berbanding sel di Zon II.
Kebanyakan sel di Zon I mempunyai vakuol bersaiz kecil, manakala sel di Zon II mempunyai vakuol bersaiz besar.


(c)


(d)


Leave a Comment