Aktiviti 6.4:
Tujuan
Menjalankan aktiviti untuk memerhati percambahan debunga dan pembentukan tiub debunga dalam larutan gula di bawah mikroskop cahaya
Bahan: Larutan sukrosa 10%, air suling, pewarna aseto-karmin, bunga segar seperti bunga keembung, bunga raya atau bunga alamanda, kertas turas
Radas: Slaid kaca berlekuk, penutup kaca, forseps, jarum tenggek, penitis, mikroskop cahaya
Prosedur
1. Sediakan slaid kaca berlekuk yang bersih. Dengan menggunakan penitis, titiskan dua titik larutan sukrosa 10% ke permukaan slaid tersebut.
2. Ambil sekuntum bunga segar yang anternya mempunyai banyak debunga.
(Nota: Debunga ialah bahan berserbuk pada anter)
3. Celupkan anter tersebut ke dalam larutan sukrosa 10% yang telah dititiskan ke dalam lekukan slaid.
4. Tutup spesimen dengan penutup kaca perlahan-lahan dengan menggunakan jarum tenggek untuk mengelakkan pembentukan gelembung udara.
5. Perhatikan slaid dengan menggunakan mikroskop cahaya dengan kanta objektif kuasa rendah bagi mendapatkan pemerhatian awal ke atas rupa bentuk debunga.
6. Lakarkan pemerhatian anda.
7. Simpan slaid di tempat gelap pada suhu bilik selama 20 minit.
8. Perhatikan slaid sekali lagi di bawah mikroskop cahaya dengan kanta objektif kuasa rendah untuk memerhatikan debunga yang telah bercambah dan membentuk tiub debunga.
9. Titiskan setitik pewarna aseto-karmin pada satu hujung penutup kaca di atas slaid tersebut. Dengan meletakkan kertas turas pada hujung yang bertentangan, biarkan pewarna meresap merentasi penutup kaca untuk mewarnai spesimen di bawahnya.
10. Perhatikan slaid yang telah diwarnakan sekali lagi di bawah mikroskop cahaya untuk memerhatikan nukleus tiub dan nukleus penjana yang terdapat di dalam tiub debunga.
11. Lukis dan label bagi menunjukkan debunga sebelum dan selepas pembentukan tiub debunga.
Perbincangan
1. Mengapakah bunga segar perlu digunakan dalam eksperimen ini?
2. Huraikan bentuk dan ciri khusus debunga yang anda perhatikan di bawah mikroskop.
3. Sekumpulan murid tidak mengikut prosedur yang betul. Mereka tidak menitiskan larutan sukrosa 10%, sebaliknya menggunakan air suling sebagai ganti. Ramalkan keputusan yang akan diperoleh oleh mereka.
4. Sekumpulan murid lain pula terlupa untuk melakukan pewarnaan spesimen dengan menggunakan pewarna aseto-karmin. Nyatakan masalah yang mungkin dihadapi oleh mereka.
Jawapan:
1. Mendapatkan debunga yang segar dan dapat melakukan percambahan.
2. Berdasarkan pemerhatian murid.
3. Percambahan memerlukan tenaga yang dibekalkan oleh sukrosa. Pembentukan debunga tidak boleh berlaku tanpa sukrosa.
4. Tiub debunga sukar diperhatikan kerana tidak berwarna.