Praktis Sumatif 10 (Soalan 1 – 5) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10


Soalan 1:
Seorang mangsa kemalangan yang mempunyai kumpulan darah jenis B memerlukan pemindahan darah dengan serta-merta. Adakah selamat untuk dia menerima darah daripada individu yang mempunyai kumpulan darah jenis O? Terangkan mengapa.

Jawapan:
Ya. Individu yang mempunyai kumpulan darah jenis O tidak mempunyai antigen A atau antigen B pada sel darah merah. Jadi boleh menderma darah kepada individu yang mempunyai kumpulan darah jenis B kerana pengaglutinan tidak akan berlaku.

Soalan 2:
Seorang individu mempunyai bilangan eritrosit yang rendah.Terangkan kesan keadaan ini terhadap kesihatannya. Cadangkan jenis makanan yang perlu dimakan oleh individu tersebut untuk memulihkan keadaan ini.

Jawapan:
• Bilangan eritrosit yang rendah bermaksud kurang hemoglobin untuk bergabung dengan oksigen bagi membentuk oksihemoglobin.

• Ini bermaksud kurang oksigen diangkut ke tisu badan untuk respirasi sel.

• Akibatnya, kurang tenaga dihasilkan.

• Individu tersebut akan mudah letih dan pucat.

• Beliau mungkin akan menghidap anemia.

• Beliau mesti makan makanan yang kaya dengan ferum seperti bayam.

Soalan 3:
Jantung manusia mempunyai perentak jantung. Perentak jantung yang rosak boleh diganti oleh perentak elektronik. Huraikan bagaimana perentak elektronik berfungsi.

Jawapan:
• Perentak elektronik berfungsi seperti nodus sinoatrium yang mencetuskan impuls untuk mengawal dan memelihara denyutan jantung.

• Impuls elektrik yang dijana merebak kepada kedua-dua atrium dan seterusnya sehinggalah ke nodus atrioventrikel.

• Nodus atrioventrikel seterusnya menghantar impuls elektrik beritma ke seluruh ventrikel dan ini menyebabkan jantung berdenyut dan mengepam darah.

Soalan 4:
Namakan satu contoh nutrien dalam darah dan huraikan bagaimana nutrien tersebut dapat diangkut ke sel.

Jawapan:
• Satu contoh nutrien ialah glukosa.

• Jantung mengepam darah dari arteri ke kapilari darah.

• Diameter arteri adalah lebih besar daripada kapilari.

• Ini menghasilkan tekanan hidrostatik tinggi yang memaksa glukosa meresap melalui kapilari darah ke dalam ruang antara sel untuk membentuk bendalir tisu.

• Kepekatan glukosa dalam bendalir adalah lebih tinggi daripada sel.

• Glukosa meresap ke dalam sel melalui resapan berbantu.

Soalan 5:
Salah satu salur limfa seorang individu didapati tersumbat.
(a) Huraikan kesan terhadap sistem limfa individu tersebut.
(b) Jelaskan apa akan terjadi sekiranya salur limfa di bahagian kaki tersumbat.

Jawapan:
(a) Bendalir tisu terkumpul dalam salur yang tersumbat dan tidak boleh dikembalikan ke sistem peredaran darah. Individu akan mengalami edema.

(b) Kaki akan membengkak.

Leave a Comment