Soalan 9:
(a) Seorang bayi dilahirkan dengan injap bikuspid yang rosak dan tidak boleh tutup dengan ketat. Terangkan kesan keadaan ini terhadap bayi tersebut.
(b) Seorang bayi normal mempunyai dinding otot jantung yang tebal yang memisahkan jantung sebelah kiri daripada sebelah kanan. Sekiranya otot ini tidak terbentuk dengan lengkap, ramalkan kesan terhadap kualiti darah yang memasuki aorta.
Jawapan:
(a)
• Darah boleh mengalir kembali semula ke ventrikel kiri apabila ventrikel kiri mengecut untuk mengepam darah keluar melalui aorta.
• Tisu badan akan menerima darah beroksigen yang kurang.
• Peredaran darah akan menjadi lambat dan tekanan darah menjadi rendah.
(b)
Pembentukan septum yang tidak sempurna menyebabkan darah terdeoksigen bercampur dengan darah beroksigen. Oleh itu, bayi akan mengalami kekurangan oksigen

Soalan 10:
Bagaimanakah seseorang yang mempunyai arteri koronari yang tersumbat dengan enapan kolesterol boleh dirawat?
Jawapan:
Rawatan yang dapat dijalankan ialah pembedahan pintasan arteri koronari dan penempatan gegelung besi (stent) dalam salur darah.

Soalan 11:
Setiap tahun, beribu-ribu orang mati akibat kehilangan darah secara berlebihan disebabkan oleh kecederaan semasa kemalangan atau peperangan. Salah satu cara untuk mengurangkan pengaliran darah keluar secara berterusan dari kawasan luka ialah menahan luka dengan menggunakan kain pembalut. Pada pendapat anda, apakah penyesuaian yang boleh dilakukan kepada kain pembalut supaya menjadi lebih cekap menghentikan pengaliran darah untuk sementara waktu sehingga pesakit dikejarkan ke hospital?
Jawapan:
Kain pembalut luka perlulah mengandungi kuantiti trombin dan fibrinogen yang banyak agar dapat menghentikan aliran darah. Pembalut luka ini boleh digunakan sewaktu kecemasan untuk menutup luka kemalangan.