Eksperimen 4.4 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 4


Eksperimen 4.4 – Keberkesanan Tumbuhan Fitoremediasi dalam Pengawalan Pencemaran Air:

Pernyataan masalah
Adakah tumbuhan fitoremediasi berkesan dalam pengawalan pencemaran air?

Tujuan
Mengkaji keberkesanan tumbuhan fitoremediasi dalam pengawalan pencemaran air

Hipotesis
Akar pokok keladi bunting berupaya menyerap kandungan ammonia dalam air tasik.

Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kehadiran pokok keladi bunting

Pemboleh ubah bergerak balas: Kandungan ammonia pada akhir eksperimen

Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu air tasik

Bahan: Eichhornia crassipes (keladi bunting), 10 liter air tasik, 100 ml larutan ammonium klorida 10%, air paip, kit ujian ammonia

Radas: Dua bekas kaca bersaiz melebihi 5 liter


Prosedur

1. Bersihkan pokok keladi bunting daripada kotoran atau lumpur.

2. Masukkan 5 liter air tasik ke dalam dua bekas kaca yang berlabel sebagai A dan B.

3. Masukkan 50 ml larutan ammonium klorida 10% ke dalam bekas kaca A dan B.

4. Rekodkan bacaan awal ammonium di dalam kedua-dua bekas kaca dengan menggunakan kit ujian ammonia.

5. Masukkan enam pokok keladi bunting dari langkah 1 ke dalam bekas kaca A (Rajah 4.14).

6. Biarkan kedua-dua bekas kaca pada suhu bilik.

7. Rekodkan bacaan akhir ammonia yang terdapat di dalam bekas kaca A dan bekas kaca B selepas tujuh hari menggunakan kit ujian ammonia.

8. Rekodkan kandungan ammonia dalam jadual keputusan.


Keputusan

Perbincangan
1. Mengapakah pokok keladi bunting perlu dibersihkan terlebih dahulu (langkah 1)?

2. Namakan tumbuhan lain yang dapat menyerap kandungan ammonia dalam air.

3. Apakah kesan ammonia terhadap ekosistem akuatik?

Kesimpulan
Adakah hipotesis tersebut diterima? Cadangkan satu kesimpulan yang sesuai.


Jawapan:
Keputusan:

Perbincangan
1. Membuang semua kotoran yang terdapat pada akar pokok.

2. Lemna sp. dan Hydrilla sp.

3. Mengganggu rantai makanan di ekosistem akuatik.

Leave a Comment