Soalan 1:
Nyatakan tiga contoh peralatan perlindungan diri di dalam makmal serta fungsinya.
Jawapan:
(a) Alat pelindung mata—Untuk mengelakkan mata daripada terkena bahan kimia berbahaya
(b) Baju makmal—Untuk melindungi pakaian daripada kerosakan.
(c) Kebuk wasap—Untuk mengelakkan daripada terhidu gas-gas yang berbahaya seperti klorin, bromin dan nitrogen dioksida.

Soalan 2:
Selepas menjalankan eksperimen, anda diberi tugasan untuk menguruskan bahan sisa biologi kategori B (sisa tidak tajam).
Fikirkan cara yang terbaik agar bahan sisa biologi tersebut tidak menjejaskan alam sekitar.
Jawapan:
Sisa biologi kategori B perlu dibungkus dahulu di dalam beg plastik biobahaya tahan autoklaf, disterilkan di dalam autoklaf untuk nyahkontaminasi, dan kemudiannya dimasukkan ke dalam tong biobahaya. Beg plastik biobahaya tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah biasa.

Soalan 3:
Suatu kemalangan telah berlaku di dalam makmal melibatkan tumpahan merkuri.
Terangkan langkah-langkah menguruskan tumpahan merkuri
Jawapan:
(a) Maklumkan kepada guru.
(b) Jadikan kawasan tumpahan kawasan larangan.
(c) Tabur serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan merkuri.
(d) Hubungi pihak bomba.

Soalan 4:
Bahan kimia perlu dikendalikan dengan cermat untuk mengelakkan daripada terjadinya kemalangan yang tidak diingini.
Senaraikan langkah-langkah pengendalian bahan kimia yang betul.
Jawapan:
(a) Berjaga-jaga bila mengendalikan barangan kaca panas.
(b) Laporkan sebarang kerosakan peralatan atau barangan kaca kepada guru dengan segera.
(c) Jauhkan bahan kimia mudah terbakar daripada sumber nyalaan api.
(d) Dilarang menyentuh, merasa dan menghidu bahan kimia secara langsung.