Praktis Formatif 1.3 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 1


Soalan 1:
Jadual di bawah menunjukkan keputusan eksperimen kesan kepekatan substrat terhadap kadar tindak balas biokimia.


(a) Berdasarkan jadual di atas, kenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas.

(b) Lukiskan graf kadar hidrolisis kanji melawan kepekatan kanji dengan skala dan unit yang betul.


Jawapan:
(a)
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kepekatan kanji.

Pemboleh ubah bergerak balas: Tempoh masa untuk hidrolisis kanji lengkap / kadar hidrolisis kanji.



Soalan 2:
Nyatakan lima ciri yang perlu ada dalam lukisan biologi.

Jawapan:
(Mana-mana lima)
• Besar dan tepat; gunakan pensel yang tajam dan bukan pensel warna atau pen.

• Tidak berlorek secara artistik.

• Garisan lukisan perlulah jelas, bersih, berterusan dan tidak terputus-putus. Jangan gunakan pembaris untuk melukis garis bentuk spesimen.

• Lukisan mesti berlabel. Garis label mesti tertuju pada struktur yang betul, tiada kepala anak panah, lurus dan tidak bersilang antara satu sama lain.

• Lukisan harus bertajuk.

• Setiap struktur dalam lukisan mesti terletak di kedudukan yang betul dan saiznya berkadaran dengan semua struktur yang lain.

Soalan 3:
Nyatakan tiga jenis satah utama yang digunakan untuk pemerhatian struktur organisma.

Jawapan:
Tiga satah utama yang digunakan iaitu satah frontal, satah sagital dan satah melintang.

Soalan 4:
Senaraikan langkah-langkah yang terdapat dalam penyiasatan saintifik.

Jawapan:
(a) Mengenal pasti masalah yang boleh diuji dengan penyiasatan santifik

(b) Membina hipotesis

(c) Mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah serta kaedah pengumpulan data

(d) Merancang dan menjalankan penyiasatan saintifik

(e) Mengumpul data

(f) Menginterpretasi data dan keputusan melalui penaakulan saintifik

(g) Membuat kesimpulan

(h) Menulis laporan

Leave a Comment