Praktis Sumatif 1 (Soalan 1 – 3) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 1


Soalan 1:
Kenapa anda tidak dibenarkan memakai selipar ketika berada di dalam makmal?

Jawapan:
Untuk mengelakkan kecederaan di kaki daripada serpihan kaca dan tumpahan bahan kimia.

Soalan 2:
Berikan maksud
(a) keratan rentas
(b) keratan membujur

Jawapan:
(a) Keratan rentas membahagikan struktur kepada bahagian atas dan bawah secara melintang.

(b) Keratan membujur membahagikan struktur kepada bahagian kiri dan kanan.

Soalan 3:
Bincangkan kaedah-kaedah pengurusan bahan sisa biologi.

Jawapan:
• Kategori A (sisa tajam) – Peralatan tajam seperti picagari, jarum, kaca, skalpel. Dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan khas bagi sisa tajam, Bekas ini tidak perlu disterilkan.

• Kategori B (sisa tidak tajam) – Sisa pepejal biologi seperti sarung tangan, kertas tisu, piring petri, bekas kultur plastik , agar yang telah mengeras. Dibungkus dahulu di dalam beg plastik biobahaya tahan autoklaf, disterilkan di dalam autoklaf untuk nyahkontaminasi, dan kemudiannya dimasukkan ke dalam tong biobahaya. Beg plastik biobahaya tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah biasa.


• Kategori C (bangkai haiwan) – Bangkai, organ, dan sisa tisu haiwan makmal atau haiwan uji kaji. Dibalut di dalam bahan penyerap (seperti kertas tisu), dibungkus dengan rapi di dalam beg plastik biobahaya dan disejukbeku.

• Kategori D (cecair) – Kultur kaldu, media cecair, darah dan/atau produk darah seperti serum. Semua sisa cecair biologi mesti dinyahkontaminasi secara autoklaf sebelum dilupus. Sisa cecair biologi yang telah disterilkan itu perlu dilupuskan dengan segera.

Leave a Comment