Praktis Sumatif 1 (Soalan 6) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 1


Soalan 6:

(a) Rajah 2 menunjukkan kemalangan di dalam makmal biologi akibat dua orang murid bermain api semasa menjalankan eksperimen. Kemalangan itu menyebabkan baju salah seorang murid itu terbakar. Terangkan apa yang harus dilakukan oleh rakan mangsa.

(b) Azlin sedang menjalankan satu eksperimen yang melibatkan penggunaan termometer. Secara tidak sengaja, dia telah menjatuhkan termometer ke lantai dan termometer tersebut pecah. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh Azlin dalam mengendalikan sisa merkuri yang tertumpah? Terangkan jawapan anda.

(c) Rancang satu eksperimen untuk mengkaji kesan kehadiran gula terhadap pertumbuhan yis.


Jawapan:
(a)
• Pastikan mangsa kebakaran tidak berlari dan arahkan mangsa supaya baring.

• Gunakan selimut kalis api untuk memadamkan api setelah mangsa dibaringkan.

• Jika tiada selimut kalis api, gulingkan mangsa di atas lantai.

• Maklumkan kepada guru atau pembantu makmal secepat mungkin supaya mangsa dapat diberikan rawatan segera.

• Penggera atau loceng kecemasan kebakaran hendaklah dibunyikan dengan segera.


(b)
• Segera maklumkan kepada guru atau pembantu makmal.

• Gunakan serbuk sulfur untuk menutup tumpahan merkuri.

• Jadikan tempat tumpahan tersebut sebagai kawasan larangan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

• Laporkan kepada pihak bomba dan penyelamat.


(c)
Mengkaji kesan kehadiran gula terhadap pertumbuhan yis [EKSPERIMEN]

Pernyataan masalah:
Adakah kehadiran gula mempengaruhi masa yang diambil untuk saiz doh berganda?

Hipotesis:
Masa yang diambil untuk saiz doh berganda lebih singkat dengan kehadiran gula.


Pemboleh ubah:
Pemboleh ubah dimanipulasikan:
Kehadiran gula

Pemboleh ubah bergerak balas:
Masa yang diambil untuk saiz doh berganda

Pemboleh ubah dimalarkan:
Kuantiti tepung, yis dan air yang digunakan, suhu air, dan masa yang diambil untuk menguli doh

Bahan:
1.5 g yis, 5 g glukosa, 100 ml air suam, kain dan 170 g tepung

Radas:
Bikar 1000 ml, kelalang kon 250 ml, mangkuk adunan dan jam randik


Prosedur:
1. Campurkan glukosa dengan sedikit air suam di dalam kelalang kon.

2. Larutkan yis di dalam larutan glukosa tersebut.

3. Biarkan ampaian yis selama 20 minit. Ini bertujuan untuk memastikan yis aktif dan tumbuh.

4. Letakkan separuh daripada tepung ke dalam mangkuk adunan.

5. Apabila campuran yis telah mengembang dan menjadi berbuih, buat satu lubang di tengah tepung dan tuangkan campuran yis.


6. Gaulkan campuran tersebut dengan baik untuk membuat satu doh yang lembut.

7. Tambahkan baki tepung secara beransur-ansur sehingga menjadi sukar untuk menggaul doh.

8. Taburkan sedikit tepung pada permukaan meja. Keluarkan doh daripada mangkuk dan letakkan di atas permukaan meja.

9. Uli doh selama 10 minit sehingga licin, elastik dan tidak melekit.

10. Uli doh dengan melipat doh dan menekannya ke bawah dengan tapak tangan. Genggam doh dan ulang dengan melipat dan menekan doh ke bawah semula.


11. Letak doh di dalam bikar 1000 ml. Tekan doh ke bawah dan rekod isi padu awal.

12. Tutup bikar dengan sehelai kain bersih dan letakkannya di tempat bersuhu sederhana.

13. Mulakan jam randik dan rekod masa yang diambil untuk saiz doh menjadi dua kali ganda saiz asalnya.

14. Ulang keseluruhan prosedur untuk menyediakan doh kedua menggunakan ramuan yang sama tetapi tanpa gula.

15. Tulis laporan mengenai eksperimen tersebut.


Keputusan:

Leave a Comment