Praktis Formatif 3.3 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3


Soalan 1:
Terangkan apa yang akan berlaku kepada sel-sel berikut apabila direndam di dalam larutan yang berkepekatan bahan terlarut lebih tinggi daripada bendalir intrasel:
(a) sel darah merah
(b) sel tumbuhan

Jawapan:
(a) Sel darah merah mengalami krenasi.

(b) Sel tumbuhan mengalami plasmolisis.

Soalan 2:
Terangkan kesan larutan hipotonik terhadap sel darah merah.

Jawapan:
Apabila sel darah merah dimasukkan di dalam larutan hipotonik, air meresap masuk ke dalam sel secara osmosis, menyebabkan sel mengembang dan akhirnya meletus. Peletusan sel darah merah dikenali sebagai hemolisis.

Soalan 3:
Terangkan kesan larutan isotonik terhadap sel tumbuhan.

Jawapan:
Apabila sap sel tumbuhan dan larutan di luar bersifat isotonik, nilai keupayaan air adalah sama.
Pergerakan air meresap ke dalam dan luar sel adalah sama. Sel menjadi flasid.

Soalan 4:
Berdasarkan konsep osmosis, jelaskan situasi di bawah.
(a) Mengapakah penjaja menyembur air pada buah-buahan dan sayur-sayuran?
(b) Jelaskan apa yang berlaku apabila gula ditaburkan pada buah strawberi.

Jawapan:
(a) Air meresap masuk ke dalam sel sayur dan buah secara osmosis menyebabkan vakuol mengembang. Sap sel dalam vakuol menolak sitoplasma dan membran plasma ke dinding sel, menyebabkan sel sayur dan buah kembali menjadi segah.

(b) Keadaan persekitaran luar menjadi hipertonik berbanding dengan sap sel di dalam sel strawberi. Akibatnya, air meresap keluar secara osmosis daripada buah strawberi.

Leave a Comment