Aktiviti 11.1 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 11


Aktiviti 11.1:
Tujuan
Menjalankan aktiviti menggunakan manik berwarna untuk menggambarkan kacukan monohibrid secara analogi

Radas
Dua beg plastik hitam, 100 biji manik merah, 100 biji manik putih

Analogi
Manik merah mewakili alel dominan warna bunga merah (R)
Manik putih mewakili alel resesif warna bunga putih (r)


Prosedur
Kacukan antara dua tumbuhan heterozigot atau hibrid generasi filial pertama F1 :

1. Masukkan 50 bji manik merah dan 50 biji manik putlh ke dalam beg plastik hitam yang pertama. Beg plastik hitam mewalili pokok kacang pis yang mempunyai ciri warna bunga yang heterozigot.

2. Ulangi langkah 1 untuk beg plastik hitam yang kedua.

3. Kedua-dua beg digoncang untuk mencampurkan kacang-kacang itu secara sekata.

4. Tanpa melihat ke dalam beg-beg plastik tersebut, masukkan tangan ke dalam beg plactik pertama dan keluarkan satu biji manik. Keluarkan satu biji manik yang lain dari beg plastik kedua.

5. Letakkan kedua-dua manik di atas meja. Kedua-dua manik ini mewakili percantuman dua gamet.

6. Rekodkan kebarangkalian genotip dan fenotip untuk generasi F2 yang terhasil dalam jadual.

7. Masukkan semula kedua-dua bi, manik ke dalam beg plastik masing-masing.

8. Pastikan marik dimasukkan ke dalam beg plastik yang betul.

9. Ulangi langkah 3 hingga 7 sebanyak 50 kali.

10. Kira jumlah kombinasi genotip dan fenotip yang terhasil.


Perbincangan
1. Apakah jenis pewarisan yang ditunjukkan berdasarkan ciri yang cikaji dalam eksperimen in?

2. (a) Adakah keputusan yang diperoleh mematuhi nisbah yang dijangkakan, iaitu 3 : 1?
(b) Terangkan keputusan yang diperoleh.

3. Mengapakah manik dikembalikan semula ke dalam beg plastik selepas setiap kali pemerhatian direkodkan?

4. Berikan cadangan yang dapat meningkatkan ketepatan eksperimen ini.


Jawapan:
1. Pewarisan monohibrid

2.
(a) Ya
(b) Nisbah fenotip mematuhi nisbah yang dijangkakan dalam Hukum Mendel Pertama, iaitu 3:1. Fenotip dominan tiga kali ganda daripada fenotip resesif. Hal ini dikatakan demikian kerana ciri organisma ditentukan oleh sepasang alel yang terpisah dan dibawa dalam gamet. Alel dominan akan menonjolkan traitnya apabila hadir.

3. Bagi memastikan setiap beg sentiasa mempunyai 100 manik (50 merah dan 50 putih). Perkara ini dilakukan untuk memastikan populasi tidak diganggu selepas setiap cabutan.

4. Dengan menambahkan bilangan manik bagi setiap warna yang digunakan.

Leave a Comment