Soalan 8:
Seseorang yang tidak biasa bersenam akan mengalami kekejangan otot apabila melakukan senaman cergas kerana pengumpulan asid laktik di dalam sel. Namun bagi atlet berprestasi tinggi, senaman cergas lazimnya tidak akan menyebabkan masalah ini kerana tubuh mereka mempunyai toleransi yang tinggi bagi asid laktik. Pada pendapat anda, bagaimanakah atlet berprestasi tinggi mengatasi masalah tersebut? Berikan hujah anda.
Jawapan:
Seseorang yang tidak biasa bersenam akan mengalami kekejangan otot apabila melakukan senaman cergas kerana bilangan mitokondrion di dalam sel mereka tidak banyak. Jadi, respirasi sel tidak dapat berlaku dengan lengkap dan menghasilkan asid laktik yang banyak semasa melakukan senaman cergas. Untuk mengatasi masalah kelesuan, seorang atlet perlu menjalankan latihan yang konsisten untuk menghasilkan lebih banyak mitokondrion dalam sel mereka. Bilangan mitokondrion yang banyak boleh membantu dalam respirasi sel atlet tersebut. Pengambilan oksigen dan pengoksidaan asid laktik yang lebih cepat dapat mengurangkan kelesuan otot atlet semasa melakukan aktiviti cergas.

Soalan 9:
Kajian menunjukkan pengambilan natrium bikarbonat atau serbuk penaik (baking soda) dapat meningkatkan tahap kecekapan otot semasa aktiviti lasak yang melibatkan fermentasi otot. Beri justifikasi.
Jawapan:
Ini disebabkan serbuk penaik mempunyai pH yang tinggi yang dapat meneutralkan asid laktik yang dihasilkan oleh otot ketika senaman. Ini meningkatkan tahap kecekapan otot kerana asid laktik menyebabkan otot lesu.

Soalan 10:
Semasa menjalankan satu eksperimen dengan menggunakan yis, Mei Ling mendapati bahawa sekiranya jus anggur disimpan dengan yis dalam satu bekas tertutup, yis akan menguraikan glukosa dalam anggur dengan perlahan-lahan. Akan tetapi, sekiranya bekas tersebut tidak lagi mengandungi oksigen, yis akan menguraikan glukosa pada kadar yang cepat dan kandungan alkohol dalam bekas akan meningkat dengan cepat. Pada akhir eksperimen, Mei Ling mendapati kadar penguraian glukosa kembali menjadi perlahan walaupun masih terdapat buah anggur yang belum diuraikan. Jelaskan pemerhatian Mei Ling.
Jawapan:
Sekiranya bekas masih mengandungi oksigen, yis akan berespirasi secara aerob untuk menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga. Kadar penguraian glukosa adalah perlahan kerana penghasilan tenaga adalah tinggi dalam keadaan beroksigen. Akan tetapi apabila bekas tidak lagi mengandungi oksigen, yis akan berespirasi secara anaerob untuk menghasilkan etanol, karbon dioksida dan tenaga. Tenaga yang dihasilkan adalah sedikit, dengan itu yis terpaksa menguraikan glukosa pada kadar yang lebih cepat bagi membekalkan tenaga yang mencukupi. Kadar penguraian glukosa yang cepat menyebabkan kadar penghasilan alkohol yang cepat. Seterusnya, kadar penguraian menjadi perlahan kerana pengumpulan alkohol dalam bekas ke paras yang tinggi adalah beracun dan boleh merencat pertumbuhan yis. Sekiranya kandungan alkohol mencapai 14%, yis akan mati.

Soalan 11:
Puan Susan cuba membuat roti dengan menggunakan yis kering yang dibelinya dari kedai. Apabila beliau mencampurkan yis kering dengan tepung gandum, beliau mendapati rotinya tidak naik selepas setengah jam. Jelaskan bagaimana anda dapat membantu Puan Susan menyelesaikan masalahnya.
Jawapan:
Puan Susan seharusnya mencampurkan sedikit air suam ke dalam yis kering sebelum dicampurkan kepada tepung gandum. Langkah ini bertujuan untuk mengaktifkan yis kering yang berada dalam keadaan dorman apabila keadaan persekitaran adalah kering. Yis yang menjadi aktif akan berespirasi dengan menguraikan karbohidrat dalam tepung gandum dan membebaskan gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida menyebabkan roti mengembang dan naik.