Soalan 1:
Nyatakan fungsi spirakel dalam mekanisme pernafasan serangga.
Jawapan:
Spirakel merupakan liang udara yang menghubungkan struktur respirasi di dalam serangga dengan persekitaran luar.

Soalan 2:
Bagaimanakah otot abdomen membantu serangga bernafas?
Jawapan:
• Semasa tarikan nafas, otot abdomen mengendur dan injap spirakel terbuka. Ini menurunkan tekanan dalam trakea dan udara memasuki trakea melalui spirakel.
• Semasa hembusan nafas, otot abdomen mengecut. Ini meningkatkan tekanan dalam trakea dan seterusnya, memaksa udara keluar melalui spirakel.

Soalan 3:
Nyatakan dua ciri perbezaan antara mekanisme pernafasan ikan dengan manusia.
Jawapan:
• Struktur respirasi ikan ialah filamen dan insang manakala struktur respirasi manusia ialah alveolus.
• Liang pernafasan ikan ialah mulut dan operkulum manakala liang pernafasan manusia ialah lubang hidung.

Soalan 4:
Terangkan mekanisme tarikan nafas dalam manusia.
Jawapan:
• Otot interkosta luar mengecut, otot interkosta dalam mengendur.
• Tindakan ini menyebabkan sangkar rusuk dinaikkan ke atas dan ke arah depan.
• Pada masa yang sama, otot diafragma mengecut dan diafragma diturunkan ke bawah menjadi leper dan mendatar.
• Kedua-dua pergerakan menyebabkan isi padu rongga toraks bertambah dan tekanan rongga toraks berkurang.
• Tekanan atmosfera yang lebih tinggi di luar mendesak udara masuk ke dalam peparu.