Soalan 1:
Apakah nilai tekanan separa oksigen dalam tekanan atmosfera?
Jawapan:
Tekanan separa oksigen ialah 160 mm Hg.

Soalan 2:
Dalam bentuk apakah karbon dioksida diangkut di dalam sistem peredaran darah manusia?
Jawapan:
Karbon dioksida diangkut dalam bentuk ion bikarbonat, asid karbonik dan karbaminohemoglobin.

Soalan 3:
Terangkan pengangkutan karbon dioksida dari kapilari peparu ke alveolus.
Jawapan:
• Setibanya di kapilari peparu, ion bikarbonat (HCO3) di dalam plasma darah meresap semula ke dalam eritrosit.
• Ion bikarbonat bergabung dengan ion hidrogen (H+ ) semula untuk membentuk asid karbonik (H2CO3).
• Asid karbonik (H2CO3) kemudiannya terurai menjadi karbon dioksida dan air.
• Karbon dioksida meresap keluar melalui kapilari peparu ke dalam alveolus dan disingkir keluar semasa udara dihembus keluar.

Soalan 4:
Dalam bentuk apakah oksigen diangkut ke tisu?
Jawapan:
Oksigen diangkut dalam bentuk oksihemoglobin.