Soalan 1:
Nyatakan perbezaan antara vertebra serviks dengan vertebra toraks.
Jawapan:
Vertebra serviks mempunyai cuaran spina pendek, sentrum kecil, cuaran melintang lebar serta mempunyai sepasang foramen melintang. Vertebra toraks mempunyai cuaran spina yang panjang, sentrum pendek tetapi lebih besar dan lebih tebal daripada sentrum vertebra serviks. Cuaran melintang vertebra toraks juga lebih panjang tetapi tidak mempunyai foramen melintang.

Soalan 2:
Rajah 1 menunjukkan gerak alih cacing.
Jelaskan tindakan otot dalam segmen T dan segmen S yang membolehkan cacing tanah bergerak dalam arah yang ditunjukkan.
Jawapan:
Segmen T : Otot lingkar mengecut.
Segmen S : Otot membujur mengecut.

Soalan 3:
Mengapakah penting untuk organisma mengekalkan bentuk badannya?
Jawapan:
Bentuk badan adalah penting untuk pergerakan dan sokongan serta membolehkan organ dalam badan berfungsi dengan lancar.

Soalan 4:
Huraikan maksud postur yang baik. Mengapakah kita perlu sentiasa mengamalkan postur yang baik semasa melakukan sebarang aktiviti?
Jawapan:
• Postur yang baik ialah cara betul untuk duduk, berdiri, melutut dan apabila melakukan bentuk pergerakan badan yang lain.
• Kita perlu sentiasa mengamalkan postur yang baik kerana postur yang baik memberikan sokongan yang sempurna kepada sistem otot rangka, membantu pengaliran darah dan mengurangkan kecederaan pada otot-otot rangka serta mengelakkan tekanan pada otot dan turus vertebra.

Soalan 5:
Terangkan mengapa pengecutan otot memerlukan bekalan darah yang mencukupi.
Jawapan:
• Pengecutan otot memerlukan banyak tenaga ATP yang dihasilkan semasa respirasi sel.
• Darah yang banyak diperlukan untuk mengangkut serta membekalkan oksigen dan glukosa kepada sel otot.
• Pada masa yang sama, darah akan mengangkut bahan buangan seperti karbon dioksida dan asid laktik keluar dari sel otot.

Soalan 6:
Rajah 2 menunjukkan dua jenis vertebra X dan Y dalam turus vertebra manusia.
(a) Namakan vertebra X dan vertebra Y.
(b) Terangkan peranan vertebra semasa pergerakan badan berlaku.
(c) Huraikan perkaitan vertebra toraks dengan mekanisme pernafasan.
Jawapan:
(a)
X : Vertebra lumbar
Y : Vertebra serviks
(b)
Vertebra menyediakan permukaan untuk perlekatan otot. Turus vertebra terdiri daripada banyak tulang vertebra yang dihubungkan antara satu sama lain dan ini membolehkan tulang belakang melentur.
(c)
• Vertebra toraks mempunyai cuaran spina yang panjang dan cuaran melintang untuk perlekatan otot dan ligamen.
• Vertebra toraks juga mempunyai dua muka sendi pada cuaran melintang untuk bersendi dengan tulang rusuk. Ini membenarkan tulang rusuk bergerak ke atas dan ke bawah.
Persendian vertebra toraks kepada tulang rusuk membolehkan tulang rusuk bergerak ke atas dan ke bawah apabila otot interkosta mengecut dan mengendur.