Soalan 7:
Rajah 3 menunjukkan otot P, otot Q, tulang Y dan tisu X yang terlibat dalam pergerakan lengan.
(a) Namakan otot P, otot Q, tulang Y dan tisu X pada Rajah 3.
(b) Nyatakan dua ciri tisu X yang membolehkan tisu tersebut menjalankan fungsinya.
(c) Sekiranya tisu X terputus akibat kemalangan, apakah masalah yang akan dihadapi oleh mangsa?
(d) Cadangkan sejenis makanan yang sesuai untuk seseorang yang patah tulang Y.
Jelaskan pendapat anda mengapa makanan ini dianggap sesuai untuk individu tersebut.
(e) Terangkan bagaimana semua bahagian yang anda labelkan dalam Rajah 3 bertindak dalam keadaan yang ditunjukkan.
Jawapan:
(a)
Otot P: otot biseps
Otot Q: otot triseps
Tisu X: tendon
Tulang Y: humerus
(b)
Tidak kenyal dan boleh dilentur.
(c)
Pergerakan pada sendi tidak boleh berlaku.
Otot biseps tidak terikat pada tulang radius.
(d)
Susu, kerana mengandungi banyak kalsium untuk pembentukan dan pertumbuhan tulang.
(e)
Apabila otot biseps mengecut, daya tarikan dipindahkan kepada tulang melalui tendon.
Tindakan ini menyebabkan tulang radius ditarik ke arah atas dan lengan dibengkokkan. Pada masa yang sama, otot triseps mengendur.

Soalan 8:
Rajah 4 menunjukkan aktiviti pergerakan pada manusia.
Berdasarkan Rajah 4, huraikan bagaimana otot, tulang, tendon, ligamen dan sendi membolehkan pergerakan di atas berlaku.
Jawapan:
• Tulang femur yang besar dan panjang menambahkan kekuatan bagi menyokong berat badan.
• Tendon menghubungkan otot kepada tulang.
• Tendon bersifat liat dan tidak kenyal.
• Apabila otot mengecut, daya yang dihasilkan dipindahkan ke tulang melalui tendon.
• Ligamen menghubungkan tulang kepada tulang.
• Ligamen bersifat kuat dan kenyal.
• Ligamen memberi sokongan kepada sendi untuk pergerakan.
• Sendi engsel pada lutut dan sendi lesung pada lengkungan pelvis menghasilkan pergerakan.
• Otot kuadriseps femoris dan otot biseps femoris adalah otot berantagonis.
• Apabila otot kuadriseps femoris atau otot ekstensor mengecut dan otot biseps femoris mengendur, kaki diluruskan.
• Apabila otot biseps femoris mengecut dan otot kuadriseps mengendur, kaki dibengkokkan.
• Apabila otot betis mengecut, tumit kaki diangkat.
• Pada masa yang sama, tapak kaki menolak ke bawah dan ke belakang.
• Tindakan pengecutan dan pengenduran yang berulang-ulang ini menghasilkan pergerakan.

Soalan 9:
Huraikan bagaimana sistem rangka cacing tanah dan ikan disesuaikan untuk gerak alih di habitat masing-masing.
Jawapan:
Gerak alih cacing tanah
• Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik.
• Cacing bergerak dengan bantuan perubahan tekanan hidrostatik dalam badan.
• Otot melingkar mengecut dan otot membujur mengendur secara antagonis.
• Ini menyebabkan tekanan hidrostatik dipindah dari anterior ke posterior.
Gerak alih ikan
• Mempunyai rangka endoskeleton.
• Tulang ikan merupakan tempat perlekatan otot.
• Otot miotom kiri mengecut dan otot miotom kanan mengendur secara antagonis.
• Ekor bergerak ke kiri dan ke kanan dan menghasilkan tujah ke hadapan.