SPM 2023 Biologi Kertas 2 – Soalan 5

Soalan 5:
Rajah 5.1 menunjukkan satu kitar sel. 


(a)(i) Nyatakan nama bagi fasa X dan fasa Z. [2 markah]

(ii) Nyatakan apa yang berlaku pada kromosom semasa fasa Y. [1 markah]

(b) Rajah 5.2 menunjukkan sitokinesis yang berlaku dalam sel haiwan dan sel tumbuhan. 


Lengkapkan Rajah 5.2 dengan melukis peringkat sitokinesis dalam ruangan yang disediakan. [2 markah]

(c) Rajah 5.3 menunjukkan satu teknik dalam bioteknologi yang menggunakan mitosis. 


(i) Nyatakan teknik yang digunakan dalam Rajah 5.3. [1 markah]

(ii) Teknik tersebut digunakan secara meluas dalam bidang pertanian untuk menghasilkan pokok tomato berbandin! menyemai menggunakan biji benih.
Terangkan kebaikan teknik yang digunakan itu untuk menanam pokok tomato.
[2 markah]

Jawapan:
(a)(i)
X : Interfasa

Z : Fasa M

(a)(ii)
1: Sintesis / Replikasi DNA

2: Kromosom mengganda / duplikasi // menjadi dua kromatid seiras / kembar 

(b)


(c)(i) Kultur tisu


(c)(ii)
1: (Anak pokok) dapat dihasilkan dengan lebih cepat. 

2: (Anak pokok) dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak 

3: (Anak pokok) dapat dihasilkan sepanjang tahun // tidak dipengaruhi oleh cuaca //tidak memerlukan biji benih 

4: Ciri baik pada induk dapat dikekalkan 

5: Tiada variasi // Kandungan genetik yang sama 


Leave a Comment