Praktis Sumatif 13 (Soalan 1) – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 13


Soalan 1:
Kerosakan gen X pada sel pankreas menyebabkan protein X tidak dapat dihasilkan. Hal ini menyebabkan aras glukosa di dalam darah meningkat dan tidak dapat dikawal, Namun, melalui teknik kejuruteraan genetik, protein X dapat dihasilkan dalam skala yang besar melalui langkah-langkah yang berikut:

(P, Q R dan S bukan dalam urutan yang betul)

P : Bakteria yang mengandungi gen X dikulturkan dalam kuantiti yang banyak
Q : Gen X yang normal dikeluarkan daripada sel pankreas manusia
R: Gen X disisipkan ke dalam gen bakteria
S: Protein X diekstrak dan ditulenkan
(a) Namakan protein X.

(b) Gunakan huruf P, Q R dan S untuk menunjukkan urutan langkah yang betul dalam penghasilan protein X.

(c) Berikan dua sebab bakteria biasanya menjadi pilihan dalam teknik kejuruteraan genetik.

(d) Berikan dua contoh produk yang telah dihasilkan secara kejuruteraan genetik dalam bidang perubatan.


(e) Dalam satu kes pembunuhan, sebilah pisau yang mempunyai kesan darah telah ditemukan oleh pihak polis di tempat kejadian. Dengan menggunakan DNA yang diekstrak daripada sampel pada bilah pisau, mangsa dan suspek, profil DNA seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 diperoleh.


(i) Antara suspek 1,2 dan 3, siapakah yang paling mungkin seorang pembunuh? Berikan alasan anda.

(ii) Adakah teknik pemprofilan DNA ini dapat dipercayai tepat? Mengapa?

(iii) Salah seorang daripada sepasang kembar seiras didapati telah melakukan satu jenayah. Bolehkan mereka dibezakan melalui teknik pemprofilan DNA? Terangkan alasan anda.


Jawapan:
(a) Insulin

(b) Q, R, P, S

(c)
1. Bakteria membiak pada kadar yang cepat dalam masa yang singkat.
2. Bakteria mempunyai plasmid yang mudah dimanipulasi untuk memindahkan gen/boleh menjalankan replikasi sendiri.

(d) Vaksin dan hormon pertumbuhan


(e)(i) Suspek nombor 2. Susunan jalur fragmen DNA suspek 2 adalah sepadan dengan DNA yang dijumpai pada bilah pisau.

(e)(ii) Ya kerana setiap orang mempunyai set DNA yang tersendiri.

(e)(iii) Tidak boleh kerana DNA mereka mempunyai urutan nukleotida yang sama. Walau bagaimanapun, mereka dapat dikenal pasti melalui pola cap ibu jari.

Leave a Comment