Eksperimen 12.1:
Variasi Selanjar dan Variasi Tak Selanjar dalam Manusia
Pernyataan Masalah: Adakah ketinggian, berat badan dan cap jari setiap murid berbeza-beza?
Tujuan: Mengkaji variasi selanjar dan variasi tak selanjar dalam manusia
Hipotesis: Ketinggian, berat badan dan cap jari setiap murid adalah berbeza-beza
Bahan
Kertas graf, kertas putih
Radas
Alat mengukur ketinggian, penimbang pad dakwat
Prosedur
A. Ketinggian
1. Ukur dan rekodkan ketinggian setiap murid di dalam kelas ke dalam jadual keputusan.
2. Plotkan graf bilangan murid melawan julat ketinggian.
B. Berat badan
1. Timbang dan rekodkan berat badan setiap murid di dalam kelas ke dalam jadual keputusan.
2. Plotkan graf blangan murid melawan julat berat badan.
C. Cap Jari
1. Gunakan pola cap jari yang ditunjukkan di muka surat 259 untuk aktiviti ini.
2. Tekankan permukaan ibu jari setiap murid pada pad dakwat dan capkan ibu jari yang tersebut di atas sehelai kertas putih.
3. Pekodkan bilangan pola cap jari setiap murid ke dalam jadual keputusan.
4. Bina carta bar bagi keputusan yang diperoleh.
Keputusan
Perbincangan
1. Apakah bentuk graf yang diplotkan bagi ciri ketinggian dan berat badan?
2. Berikan inferens tentang taburan ketinggian, berat badan dan pola cap jari murid bagi kelas anda.
Kesimpulan
Adakah hipotesis tersebut diterima? Cadangkan satu kesimpulan yang sesuai.
Jawapan:
Perbincangan:
1. Graf bagi ciri ketinggian dan berat badan berbentuk loceng dengan taburan normal.
2. Ketinggian dan berat badan murid menunjukkan variasi selanjar yang mana ketinggian dan berat badan adalah berbeza-beza, tetapi perbezaan ini adalah tidak ketara. Manakala, bagi pola cap jari merupakan variasi tak selanjar yang mana terdapat perbezaan yang nyata dan jelas dalam kalangan murid.
Kesimpulan:
Hipotesis diterima. Ketinggian, berat badan dan cap jari murid adalah berbeza-beza.