Soalan 3:
Anemia sel sabit merupakan penyakit yang boleh diwarisi. Penyakit ini disebabkan oleh mutasi gen yang melibatkan penggantian bes DNA yang menyebabkan satu asid glutamik (sejenis asid amino) digantikan oleh satu valina. Pesakit mempunyai hemoglobin S, HbS yang menyebabkan sel berbentuk sabit dan bukan lagi berbentuk dwicekung. Sel sabit menyebabkan seseorang individu itu mengalami anemia yang kronik. Afrika merupakan satu benua endemik malaria yang mempunyai saiz populasi individu dengan trait sel sabit yang agak besar. Sebagai seorang saintis. bincangkan kaitan antara pewarisan sel sabit dengan malaria di Afrika.
Jawapan:
• Bagi individu yang menghidapi anemia sel sabit, mereka mempunyai hemoglobin S, HbS di dalam sel darah merah.
• HbS menyebabkan sel darah merah berbentuk sabit dan tidak cekap dalam mengangkut oksigen berbanding dengan hemoglobin A, HbA yang normal bagi sel darah normal yang berbentuk dwicekung.
• Pewarisan anemia sel sabit ialah satu kes kodominan.
• Individu bergenotip HbAHbA menghasilkan 100% hemoglobin normal.
• Individu bergenotip HbSHbS menghasilkan 100% hemoglobin sel sabit.
• Individu bergenotip HbAHbS menghasilkan kedua-dua hemoglobin normal dan hemoglobin sel sabit; juga dikenali sebagai individu dengan trait sel sabit.
• Individu dengan trait sel sabit boleh didapati paling banyak di kawasan yang mempunyai malaria. Hal ini dikatakan demikian kerana sifat sel sabit dapat melindungi seseorang daripada dijangkiti malaria.
• Dalam kitar hidup malaria, merozoit akan berkembang lalu membiak di dalam sel darah merah yang normal.
• Namun, sekiranya sel darah merah mengandungi campuran sel sabit dan normal, parasit akan dimusnahkan sebelum anak parasit dibebaskan.
• Walaupun individu trait sel sabit, berkemungkinan menghadapi anemia tetapi mereka mempunyai peluang rendah menghidap malaria.